LABUAN, 24 Julai 2023 - Program 'Fun Night Walk KATARU' telah dilaksanakan pada 22 Julai 2023, bertempat di Balairaya Kampung Tanjung Aru. Program ini dilaksanakan bersempena dengan 'Road to Sambutan Hari Belia Negara Peringkat W.P. Labuan 2023'.
Program yang berjaya menghimpunkan seramai lebih 400 orang ini melibatkan pelaksanaan aktiviti seperti berjalan di kawasan kampung sejauh 4KM. Selain itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti lain yang turut diadakan seperti Pertandingan Pakaian Kreatif, Pertandingan Gambar Kreatif, cabutan bertuah dan persembahan silat.
LABUAN, 19 Julai 2023 - Program Perlawanan Persahabatan Bola Sepak antara Kelab Bola Sepak Bebuloh menentang Kelab Liga Kebangsaan Brunei (Bambu FC VS Rimba Star FC) telah dilaksanakan pada 18 Julai 2023, bertempat di Padang Sintetik, Kompleks Belia dan Sukan Labuan.
Perlawanan persahabatan ini memberi kemenangan kepada Bambu FC menewaskan Rimba Star FC dengan keputusan 4 berbalas 2.
Turut hadir menyaksikan perlawanan tersebut ialah Puan Tracy Tumay Rigar, Penolong Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, Datuk Hassan Sani, lagenda bola sepak negara era 80-an, Encik Sophian Said, Presiden Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA), Cik Nazera Roslan, Presiden Majlis Belia Labuan (MBL), Cik Susi Ramilyana, Pengerusi Kelab Belia Kampung Bebuloh, dan Presiden Kelab Liga Kebangsaan Brunei, Encik Awang Yasin Awang Haji Mohd Nor.
Perlawanan persahabatan tersebut merupakan anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, Majlis Belia Labuan dan Kelab Belia Kampung Bebuloh, bersempena dengan 'Road to Sambutan Hari Belia Negara Peringkat W.P. Labuan 2023.
LABUAN, 17 Julai 2023 - Bersempena dengan 'Road To Hari Belia Negara Peringkat W.P. Labuan Tahun 2023', Labuan Extreme Sports Association telah melaksanakan Program Fusion Competition: Vol. 2 dengan jayanya, bertempat di Labuan Skatepark. Program yang dijadualkan berlangsung sepenuhnya pada 15 Julai 2023 tersebut terpaksa dilaksanakan selama dua hari berikutan cuaca yang tidak begitu mengizinkan.
Puan Tracy Tumay Rigar, Penolong Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan serta Encik Rayner Justine, Pegawai Pembangunan Sosial Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan turut hadir bagi memeriahkan lagi program berkenaan disamping meraikan sukan lasak di Pulau Mutiara ini.
Hadiah kepada para pemenang akan disampaikan pada 30 Julai 2023, bersempena dengan Majlis Sambutan Hari Belia Negara Peringkat W.P. Labuan Tahun 2023, bertempat di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan Labuan.
LABUAN, 17 Julai 2023 - Persatuan Gabungan Belia dan Beliawanis Pohon Batu (GABPOBA) telah melaksanakan Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah Tertutup Kampung Pohon Batu dengan jayanya semalam, bertempat di Padang Majal Kampung Pohon Batu.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, Puan Tracy Tumay Rigar. Turut hadir Encik Haryadi bin Omar, mantan Ketua Kampung Pohon Batu.
Program ini merupakan salah satu pengisian 'Road To Sambutan Hari Belia Negara Peringkat W.P. Labuan 2023'. Tahniah dan syabas kepada para pemenang. Semoga masyarakat terus aktif dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
LABUAN, 14 Julai 2023 - Kelab Belia Kampung Bebuloh (BAMBU) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-4, bertempat di Kediaman Tn. Hj. Long Yusup bin Hj. Dahlan.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, Puan Tracy Tumay Rigar. Turut hadir Cik Nazera binti Roslan, Presiden Majlis Belia Labuan (MBL), Pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Belia JBS W.P. Labuan, barisan EXCO MBL, barisan AJK serta ahli BAMBU.
AGM pada kali ini melibatkan pembubaran Ahli Jawatankuasa BAMBU bagi tahun 2019/2022 dan pelantikan Ahli Jawatankuasa BAMBU bagi tahun 2023/2025.
Tahniah diucapkan kepada Cik Susi Ramilyana binti Maideen atas pelantikan sebagai Pengerusi BAMBU yang baharu. Syabas juga diucapkan kepada belia beliawanis BAMBU yang telah dilantik untuk menerajui tampuk kepimpinan yang baharu ini. Semoga barisan kepimpinan BAMBU yang baharu ini mampu meneraju belia-belia Kampung Bebuloh agar terus progresif dan dinamik dalam membangunkan serta memberikan sumbangan kepada belia dan masyarakat.
LABUAN, 14 Julai 2023 - Mesyuarat Penyelarasan Hari Belia Negara Peringkat W.P. Labuan Bersama Majlis Belia Labuan (MBL) Bil. 2/2023 telah dilaksanakan pada malam semalam, bertempat di Bilik Mesyuarat JBS W.P. Labuan.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Puan Tracy Tumay Rigar, Penolong Pengarah (Belia) JBS W.P. Labuan. Turut hadir Cik Nazera binti Roslan, Presiden MBL, barisan EXCO MBL dan pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Belia JBS W.P. Labuan.
Antara intipati mesyuarat adalah untuk membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sempena Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat W.P. Labuan Tahun 2023. Semoga semua aktiviti yang telah dirancang akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
LABUAN, 14 Julai 2023 - Sekalung tahniah diucapkan kepada Cik Mastijah binti Insuin dan Puan Junaidah binti Haji Othman yang merupakan pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, atas penganugerahan APC pada tahun ini.
LABUAN, 13 Julai 2023 - Satu mesyuarat tapak bagi projek Naik Taraf Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan (Tender Semula) telah berlangsung di Pejabat Tapak Projek. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Ossiez Ziegler Lawrence Jomiji, Wakil Pegawai Penguasa Utama, JKR WP Labuan. Kemajuan kerja fizikal projek sehingga 10 Jun 2023 adalah 42%.
LABUAN, 12 Julai 2023 - Persatuan Gabungan Belia dan Beliawanis Pohon Batu (GABPOBA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-36 pada 12 Julai 2023, bertempat di Balai Raya Kampung Pohon Batu.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, Puan Tracy Tumay Rigar.
Turut hadir Encik Mohd Hazman bin Tamin, Timbalan Pengerusi GABPOBA, Cik Nazera binti Roslan, Presiden Majlis Belia Labuan (MBL), Encik Rayner Justine, Pegawai Pembangunan Sosial JBSWPL, Encik Haryadi bin Omar, mantan Ketua Kampung Pohon Batu, barisan EXCO MBL, barisan AJK serta ahli GABPOBA.
Semoga GABPOBA terus progresif dan dinamik dalam membangunkan serta memberikan sumbangan kepada belia dan masyarakat.