LABUAN, 21 Ogos 2023 – Program Jelajah Genta Belia Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2023 telah dilaksanakan pada 19 dan 20 Ogos 2023, bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan inisiatif pemerkasaan ekonomi kepada belia Labuan. Program ini juga membantu dari segi penjanaan ekonomi kepada peniaga-peniaga di kalangan belia setempat yang telah menyertai dan membuka tapak 'Car Booth Sale' dan gerai 'Street Market'.
Pelbagai aktiviti dan pengisian yang menarik serta bermanfaat telah diadakan bersempena dengan Jelajah Genta Belia ini. Antaranya ialah aktiviti perkongsian maklumat (Pameran Agensi, ‘Pocket Talk‘ dan ‘Booth Walk In Interview’ daripada agensi swasta), aktiviti jualan komuniti (‘Street Market’ dan ‘Car Booth Sale’) serta aktiviti-aktiviti sampingan (‘RC Crawler 4X4 & Sports Car’, ‘Busking’, Pertandingan Mewarna, Santai Ngail, Teka Kacang Hijau dan Cabutan Bertuah).
- JBS WP Labuan
- Hits: 127
