LABUAN, 5 November 2023 - Bertempat di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, seramai 77 orang peserta telah menyertai Kejohanan Badminton 1000 Liga Peringkat W.P. Labuan 2023.
Johan bagi kategori perseorangan lelaki telah dimenangi oleh saudara Daniel Liew Wei dan kategori perseorangan wanita telah dimenangi oleh saudari Gladys Tan Ru Qian.
Program 1000 Liga ini bertujuan untuk menggalakkan masyarakat bergiat aktif dan cergas serta meningkatkan tahap kesihatan dan produktiviti komuniti dengan penglibatan dalam aktiviti sukan. Penyertaan bagi Program 1000 Liga ini adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berminat untuk menyertai jenis sukan yang dipertandingkan tidak kira umur dan jantina serta merangkumi semua golongan dari kanak-kanak, belia, orang dewasa, warga emas dan orang kurang upaya.
Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Puan Tracy Tumay binti Rigar, Penolong Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan.
- JBS WP Labuan
- Hits: 176
