LABUAN, 19 September 2023 – Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat W.P. Labuan Sidang I, Penggal Ke-34, Sesi 2023-2024 (MPBN) yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Hj. Rithuan bin Hj. Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, telah berlangsung di Grand Ballroom, Palm Beach Resort, W.P. Labuan. Turut hadir Encik Mohammad Syahffie bin Hj. Japril, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan dan Cik Nazera binti Roslan, Presiden Majlis Belia Labuan.
Persidangan ini merupakan platform terbaik kepada para belia dalam menyampaikan pandangan melalui pembentangan usul berkaitan wacana Pembangunan Belia di Wilayah Persekutuan Labuan.
Sebanyak lima usul telah diangkat daripada para pemimpin belia Wilayah Persekutuan Labuan bagi tujuan mencapai solusi terbaik bersama agensi yang berkaitan demi pembangunan belia khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan. Semoga dengan Persidangan kali ini, isu-isu Pembangunan Belia Wilayah Persekutuan Labuan dapat diangkat ke peringkat yang lebih tinggi, seterusnya berjaya dilaksanakan sepertimana diharapkan oleh peringkat akar umbi.
- JBS WP Labuan
- Hits: 144
