- JBS WP Labuan
- Hits: 149
JABATAN BELIA DAN SUKAN WP LABUAN ANJUR PROGRAM KECERGASAN WANITA WARGA EMAS
LABUAN, 2 Oktober 2023 – Seramai 20 orang peserta warga emas di bawah seliaan Pusat Aktiviti Warga Emas Labuan (PAWE) mengikuti Program Kecergasan Wanita Warga Emas anjuran Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan. Program ini merangkumi pelaksanaan sebanyak 20 siri dan telah bermula sejak 14 September 2023 yang lepas.
Objektif utama pelaksanaan program ini adalah bagi menerapkan budaya bersukan dan mengamalkan aktiviti fizikal dalam kalangan wanita warga emas selaras dengan Dimensi Penuaan Aktif (Dasar Warga Emas Negara) untuk meningkatkan skor Indeks Budaya Sukan Malaysia.
Antara pengisian program ini ialah SenaMas, Senamtari, Senaman Duduk, Chi Gong dan Tai Chi. Semua aktiviti ini dilaksanakan di Dewan Kristal Jabatan Kebajikan Masyarakat Labuan. Program yang telah memasuki siri ke-6 ini dijangka akan berakhir pada penghujung bulan November 2023.
- JBS WP Labuan
- Hits: 149
