LABUAN, 4 Jun 2023 – Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Labuan (MBL) Kali Ke-25 telah berlangsung pada 4 Jun 2023, bertempat di Bilik Harmoni, Tingkat 8, Menara Perbadanan Labuan.
Perasmian majlis telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, Puan Tracy Tumay binti Rigar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Labuan bagi sesi 2020-2022 diatas jasa dan kerjasama dalam menabur bakti kepada belia dan masyarakat khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan.
Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada semua barisan baharu kepimpinan Majlis Belia Labuan. Diharapkan agar pucuk pimpinan baharu ini mampu memacu belia Labuan ke arah yang lebih progresif serta dinamik. Semoga tanggungjawab digalas dengan penuh amanah dan terus menyumbang bakti dalam pembangunan serta kesejahteraan belia, masyarakat dan negara.
#PenggerakBelia
#IniMasaKita
#JBSNBersama
#MalaysiaMadani

- JBS WP Labuan
- Hits: 123