LABUAN, 19 Jun 2023 - Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat W.P. Labuan Tahun 2023 telah selesai dilaksanakan pada 17 dan 18 Jun 2023, bertempat di Bilik Seminar Institut Latihan Perindustrian Labuan.
Jawatankuasa Induk APBN Peringkat W.P. Labuan Tahun 2023 dipengerusikan oleh Tuan Haji Rithuan bin Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan dan panel bagi sesi penilaian pada tahun ini dianggotai oleh tenaga pakar dalam bidang masing-masing bagi membuat penilaian calon yang bersaing. Mereka terdiri daripada Encik Mohd Mahyuddin bin Mohd Noordin, Dr. Sharinah Puasa, Encik Mohd Hafiez bin Mohd Daud, Puan Jah Murniwaty binti Markum, Puan Suzirani binti Muamat serta Cik Zyee Faiezah Dullie.
Sesi Penilaian APBN pada kali ini melibatkan seramai 7 orang peserta individu lelaki, 5 orang peserta individu wanita dan 3 pertubuhan belia Labuan. Penilaian juga turut dilaksanakan secara hibrid bagi memberi ruang serta peluang kepada calon yang berada di luar kawasan untuk turut serta dalam sesi penilaian ini.
Keputusan dan majlis penyampaian hadiah APBN Peringkat W.P. Labuan Tahun 2023 akan diumumkan pada 29 Julai 2023 bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat W.P. Labuan Tahun 2023.
Johan bagi setiap kategori akan mewakili W.P. Labuan ke peringkat kebangsaan yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan Ogos 2023.

- JBS WP Labuan
- Hits: 132