- JBS WP Labuan
- Hits: 154
TAYANGAN 'BIG SCREEN' PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN ANTARABANGSA TIER 1 2023, MALAYSIA VS CHINA
Labuan, 9 September 2023 - Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan telah mengadakan Tayangan Siaran Langsung Layar Besar Perlawanan Persahabatan Antarabangsa Malaysia menentang China di Perkarangan Medan Selera Labuan.
Seramai 720 orang telah hadir dalam program tersebut yang mana pada malam itu, para penonton telah menyaksikan Malaysia seri 1-1 kepada pihak lawan. Turut hadir dalam program tersebut ialah Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah (Sukan), pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan.
Pelbagai program sampingan telah diadakan bagi memeriahkan lagi program tersebut. Antranya ialah pertandingan tendangan penalti, timbang bola dan cabutan bertuah.
Program 'Big Screen' diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada penyokong pasukan Malaysia memberikan sokongan kepada pasukan negara. Ia juga bagi meningkatkan semangat cintakan negara dan memupuk nilai-nilai perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
- JBS WP Labuan
- Hits: 154
