LABUAN, 30 November 2023 - Bertempat di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan, seramai 32 orang telah menyertai Program Inspire iTrain Peringkat WP Labuan 2023 yang dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan WP Labuan, Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Labuan dan Special Olympic WP Labuan.
Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan para, memberi peluang kepada peserta untuk memilih jenis sukan yang bersesuaian dengan keadaan fizikal dan minat masing-masing, melatih para peserta serta memilih peserta yang berbakat untuk mewakili sukan para Labuan.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Syahffie bin Hj. Japril, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan. Turut hadir Puan Basneh binti Jamilidie, wakil Jabatan Pendidikan WP Labuan dan Encik Wong Foo Leong, Presiden PESRON Labuan.
- JBS WP Labuan
- Hits: 143
