Satu sesi Taklimat ICT - GOOGLE WORKSPACE telah diadakan khas untuk semua pegawai dan kakitangan JBS WP Labuan. Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Zulhairi Isnean, Pegawai Rakan Muda JBS WP Labuan merangkap Pegawai ICT Jabatan.
LABUAN, 9 Februari 2024 - Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan telah mengadakan satu kunjung hormat kepada Ir. Haji Mohd. Faizul bin Mohd. Ali Hanapiah, Pengarah JKR WP Labuan JKR WP Labuan.
Satu taklimat dan perbincangan berkenaan kemajuan kerja semasa bagi Projek Naiktaraf Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan telah diadakan bersama pihak Jabatan Kerja Raya WP Labuan.
LABUAN, 13 Februari - Presiden Persatuan Olahraga Veteran Labuan, Encik Adnan Talipudin telah mengadakan kunjung hormat kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, Puan Mahanum binti Fauzi.
LABUAN, 15 Februari 2024 - Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan telah mengadakan satu kunjung hormat kepada Tuan Haji Abidin bin Marjan, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan.
Sesi kunjung hormat ini antara lain membincangkan tentang perancangan program kerjasama strategik antara Jabatan di masa akan datang.
Semoga kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada keberhasilan belia cemerlang khususnya golongan pelajar.
ABUAN, 13 Februari 2024 – Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Majlis Belia Labuan (MBL) Kali Ke-26 telah berlangsung pada 10 Februari 2024, bertempat di Hotel Tiara Labuan dan telah dirasmikan oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Cik Nazera binti Roslan, Presiden MBL serta seluruh pucuk pimpinan MBL kerana telah memacu pembangunan belia Labuan ke arah yang lebih progresif dan dinamik. Semoga tanggungjawab digalas dengan penuh amanah dan terus menyumbang bakti dalam pembangunan serta kesejahteraan belia, masyarakat dan negara.
LABUAN, 16 Februari 2024 – Rombongan JBS WP Labuan yang diketuai oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan di Menara Perbadanan Labuan hari ini.
Sesi kunjungan hormat yang turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan JBS WP Labuan tersebut telah memberikan input berkenaan perancangan kerjasama strategik antara agensi serta maklum balas bagi menetapkan hala tuju jabatan bersama Perbadanan Labuan agar seiring dalam melestarikan pembangunan belia dan sukan di WP Labuan.
LABUAN, 18 Februari 2024 - Bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, sukarelawan Rakan Muda dikalangan peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah turut serta menjayakan Program 'Paint-By-Numbers Canvas' Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bersama YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Dr. Zaliha binti Mustafa.
Selain itu, para sukarelawan Rakan Muda ini turut memeriahkan Program Sarapan Sihat dan menyertai aktiviti zumba.