- JBS WP Labuan
- Hits: 137
BELIA GENERASI PEWARIS NEGARA
LABUAN, 29 Mac 2024 - YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah berkesempatan untuk menghadiri dan merasmikan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat WP Labuan.
Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa beliau percaya golongan belia memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan aspirasi kerajaan melalui Malaysia MADANI dapat dijayakan.
Beliau turut menekankan bahawa proses membangunkan belia ini merupakan satu usaha yang penting dan memerlukan satu perancangan yang strategik sama ada bersifat jangka masa panjang mahupun jangka masa pendek.
Beliau melihat program Rakan Muda ini amat bertepatan dalam pemerkasaan pembangunan jati diri belia selain menyemai gaya hidup yang positif dalam kalangan anak muda.
YB Dr. Zaliha mengucapkan tahniah dan syabas khususnya kepada Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dan semua pihak yang menjayakan program ini.
- JBS WP Labuan
- Hits: 137
