Satu taklimat dan perbincangan berkenaan kemajuan kerja semasa bagi Projek Naiktaraf Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan telah diadakan bersama pihak Jabatan Kerja Raya WP Labuan.
LABUAN, 13 Februari - Presiden Persatuan Olahraga Veteran Labuan, Encik Adnan Talipudin telah mengadakan kunjung hormat kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, Puan Mahanum binti Fauzi.
LABUAN, 15 Februari 2024 - Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan telah mengadakan satu kunjung hormat kepada Tuan Haji Abidin bin Marjan, Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan.
Sesi kunjung hormat ini antara lain membincangkan tentang perancangan program kerjasama strategik antara Jabatan di masa akan datang.
Semoga kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada keberhasilan belia cemerlang khususnya golongan pelajar.
ABUAN, 13 Februari 2024 – Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Majlis Belia Labuan (MBL) Kali Ke-26 telah berlangsung pada 10 Februari 2024, bertempat di Hotel Tiara Labuan dan telah dirasmikan oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Cik Nazera binti Roslan, Presiden MBL serta seluruh pucuk pimpinan MBL kerana telah memacu pembangunan belia Labuan ke arah yang lebih progresif dan dinamik. Semoga tanggungjawab digalas dengan penuh amanah dan terus menyumbang bakti dalam pembangunan serta kesejahteraan belia, masyarakat dan negara.
LABUAN, 16 Februari 2024 – Rombongan JBS WP Labuan yang diketuai oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan di Menara Perbadanan Labuan hari ini.
Sesi kunjungan hormat yang turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan JBS WP Labuan tersebut telah memberikan input berkenaan perancangan kerjasama strategik antara agensi serta maklum balas bagi menetapkan hala tuju jabatan bersama Perbadanan Labuan agar seiring dalam melestarikan pembangunan belia dan sukan di WP Labuan.
LABUAN, 18 Februari 2024 - Bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, sukarelawan Rakan Muda dikalangan peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) telah turut serta menjayakan Program 'Paint-By-Numbers Canvas' Sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan bersama YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), YB Dr. Zaliha binti Mustafa.
Selain itu, para sukarelawan Rakan Muda ini turut memeriahkan Program Sarapan Sihat dan menyertai aktiviti zumba.
LABUAN, 18 Februari 2024 - Persatuan Gabungan Belia Dan Beliawanis Kg. Pohon Batu (GABPOBA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-37 pada 17 Februari 2024, bertempat di Balai Raya Kampung Pohon Batu.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah (Belia) Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, Puan Tracy Tumay Rigar.
Turut hadir Cik Nazera binti Roslan, Presiden Majlis Belia Labuan (MBL), Encik Yusrie bin Mohd Daud, Ahli Parlimen Belia Labuan merangkap Naib Presiden II MBL, Encik Haryadi bin Omar, Ketua Kampung Pohon Batu, barisan Exco MBL, pegawai-pegawai JBS WP Labuan, dan ahli GABPOBA.
Tahniah diucapkan kepada barisan baharu kepimpinan GABPOBA. Semoga pucuk pimpinan baharu ini mampu memacu belia Labuan ke arah yang lebih progresif serta dinamik, khususnya belia Kampung Pohon Batu.
LABUAN, 25 Januari 2024 - Program Tayangan Skrin Besar Perlawanan Bola Sepak Piala Asia 2023: Malaysia menentang Korea Selatan yang telah diadakan di Dataran Labuan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga Labuan. Lebih kurang 600 orang telah hadir sama bagi memeriahkan lagi program dan bersama-sama menyaksikan Tayangan Skrin Besar yang dianjurkan oleh jabatan ini dengan kerjasama Perbadanan Labuan, Persatuan Bola Sepak Labuan (LAFA) dan Majlis Belia Labuan (MBL).
Beberapa acara sampingan turut diadakan iaitu 'Street Soccer (Women) yang melibatkan penyertaan sebanyak 16 pasukan, Cabutan Tiket Bertuah, 'Food Truck', 'Prediction Match' dan Kaunter Informasi.
Tayangan Skrin Besar ini turut dihadiri oleh Tuan Hj. Rithuan bin Hj. Mohd. Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Encik Mohammad Syahffie bin Hj. Japril, Pengarah, JBS WP Labuan, Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah (Sukan) JBS WP Labuan, Encik Sophian bin Said, Presiden LAFA, dan Cik Nazera Binti Roslan, Presiden MBL.
Bagi Street Soccer (Women), Johan telah dimenangi oleh Pasukan AMK Infiniti, Naib Johan - Victorian United, Ketiga Bersama - Victor FT dan Victorie. Johan menerima wang tunai sebanyak RM500, Naib Johan RM300 dan Ketiga Bersama RM150.