LABUAN, 18 Mei 2024 – Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Kelab Belia Kg. Sungai Labu telah menganjurkan Kahoot! Quiz Challenge Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WP Labuan Tahun 2024. Program tersebut telah dilaksanakan pada 18 Mei 2024, bertempat di Aras 3, Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan.
Kuiz ini merangkumi dua pusingan dan penyertaan bagi kuiz ini adalah sangat memberangsangkan. Tahniah, syabas dan terima kasih diucapkan kepada para penganjur dan para peserta.
LABUAN, 18 Mei 2024 – Bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2024, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan telah melaksanakan Program Pocket Talk pada 18 Mei 2024, bertempat di Aras 3, Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan.
Program Pocket Talk yang melibatkan perkongsian pelbagai ilmu, pengalaman dan pengetahuan ini merangkumi tiga sesi iaitu Sesi Perkongsian Pengerusi Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) bersama Encik Kumaravel A/L Vee Loo Samy, Sesi Perkongsian Alumni Pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) bersama Tc. Hamzah bin Hasfa dan Sesi Perkongsian Portal Pekerjaan MyFutureJobs bersama Cik Noritah Untam.
LABUAN, 18 Mei 2024 – Bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2024, LABUANfm telah membuka peluang kepada para belia Labuan yang berminat dan berkebolehan untuk menjadi peyampai radio sebagai kerjaya. Program tersebut telah dilaksanakan pada 18 Mei 2024, bertempat di Aras 2, Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan. Pengunjung yang hadir dan mencuba sesi uji bakat tersebut dapat merasai keadaan sebenar sebagai penyampai radio serta dapat menaikkan keyakinan diri.
Selain itu, LABUANfm juga melaksanakan permainan interaktif yang mana telah mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan daripada para pengunjung. Syabas, tahniah dan terima kasih diucapkan kepada LABUANfm serta para pengunjung yang telah hadir bagi memeriahkan lagi suasana program tersebut.
LABUAN, 18 Mei 2024 – Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri WP Labuan telah melaksanakan Program Saringan Kesihatan dan Kecergasan Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WP Labuan Tahun 2024. Program tersebut telah dilaksanakan pada 18 Mei 2024, bertempat di Aras 2, Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan.
Melalui program ini, para pengunjung dapat mengetahui tahap kesihatan dan kecergasan diri masing-masing. Selain itu, sesi perjumpaan dan sesi penerangan bersama doktor turut dijalankan bagi menerangkan keputusan saringan kesihatan para pengunjung.
LABUAN, 18 Mei 2024 – Bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2024, sebanyak 20 agensi kerajaan, swasta dan NGO telah mengambil bahagian sebagai pempamer dalam aktiviti Pameran Agensi yang telah diadakan pada 18 Mei 2024, bertempat di Aras 2, Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan.
Pameran agensi tersebut terbahagi kepada 3 segmen iaitu segmen pameran agensi kerajaan, segmen pameran agensi swasta dan segmen pameran hobi. Pelaksanaan pameran agensi ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan lebih kurang 1,000 orang pengunjung hadir bagi memanfaatkan peluang untuk memperoleh ilmu serta pengetahuan yang berkaitan.
LABUAN, 18 Mei 2024 – Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Cawangan Kota Kinabalu dan Cawangan WP Labuan telah menganjurkan Program Karnival Kerjaya Belia Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WP Labuan Tahun 2024 yang diadakan pada 18 Mei 2024, bertempat di Aras 2, Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan.
Sebanyak 20 majikan telah mengambil bahagian untuk sesi temuduga yang diadakan pada hari yang sama, dengan lebih kurang 500 kekosongan pekerjaan pelbagai sektor yang ditawarkan semasa pelaksanaan program tersebut. Seramai 290 orang pengunjung dari kalangan belia Labuan yang telah hadir dan berdaftar dengan MyFutureJobs serta mengambil peluang untuk mengikuti sesi temuduga tersebut. Program ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan perlu diteruskan lagi bagi membantu para belia Labuan yang masih ingin mencari pekerjaan serta lebih maju jaya dalam kerjaya.
LABUAN, 18 Mei 2024 - Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat WP Labuan Tahun 2024 telah dilaksanakan pada 18 Mei 2024, bertempat di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan Labuan, bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WP Labuan Tahun 2024.
Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Simsudin bin Sidek, Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan.
Terdapat tiga kategori yang telah dipertandingkan iaitu Kategori Individu Lelaki, Kategori Individu Wanita dan Kategori Pertubuhan. Johan bagi setiap kategori akan mewakili WP Labuan ke peringkat kebangsaan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Semoga belia Labuan akan terus maju, proaktif dan dinamik dalam usaha untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat, agama serta negara.
SENARAI PENERIMA APBN PERINGKAT WP LABUAN TAHUN 2024
KATEGORI PERTUBUHAN BELIA
Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL)
Kelab Belia Kampung Lubok Temiang (KBKLT)
Persatuan Gabungan Belia dan Beliawanis Kg. Pohon Batu (GABPOBA)
LABUAN, 18 Mei 2024 – Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Tuan Simsudin bin Sidek hadir merasmikan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat WP Labuan Tahun 2024, bertempat di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan Labuan. Bertemakan “Yakin Boleh”, penganjuran Sambutan HBN ini adalah bagi menghargai dan mengiktiraf peranan serta sumbangan para belia.
Penganjuran Sambutan HBN ini turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat WP Labuan Tahun 2024. Selain itu, Sambutan HBN ini juga diserikan lagi dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti dan pengisian yang berteraskan kepada 10 Gaya Hidup Rakan Muda.
Turut hadir Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, Cik Nazera binti Roslan, Presiden Majlis Belia Labuan, Encik Hasnul Haniff bin Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia dan Encik Soripin Ripol, Pengurus Pejabat PERKESO WP Labuan.
LABUAN, 16 Mei 2024 - Majlis Belia Labuan bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan telah menganjurkan Program Teguh Bersama Sukarelawan Belia Kitani 2.0, dengan kerjasama beberapa agensi seperti JBS WP Labuan, Kelab Belia Anak Layangan, JPKK Kg. Layang-layangan WP Labuan, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dan Institut Latihan Perindustrian Labuan.
Sesi gotong-royong membersihkan dan baik pulih rumah Encik Latif bin Bubin telah dilaksanakan pada 12 hingga 17 Mei 2024.