Jabatan ini dengan kerjasama Persatuan Kanu Labuan dan Sabah Pickleball Association akan menganjurkan program ini pada 24 - 25 Ogos 2024 bertempat di Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan.
Jabatan ini membuka penyertaan seramai 60 orang yang berumur 15-40 tahun untuk menyertai dan mengenali Sukan Baharu Pickleball.
Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan dengan Kerjasama Persatuan Sukan Kecergasan WP Labuan, Persatuan Ping Pong WP Labuan, Persatuan Bola Tampar WP Labuan dan Persatuan Sepak Takraw WP Labuan akan melaksanakan Liga Sukan Komuniti Peringkat WP Labuan 2024.
LSK (Ping Ping Bergu) akan di laksanakan pada 3-4 Ogos 2024 di Dewan SRJ (C) Chi Wen, WP Labuan, LSK (Bola Tampar Wanita & Sepak Takraw Lelaki) akan diadakan pada 10-11 Ogos 2024 di Dewan Arena Bukit Kuda, WP Labuan.
Pihak persatuan sukan masing-masing akan memilih Pemain untuk mewakili WP Labuan ke Liga Sukan Komuniti Peringkat Kebangsaan.
Warga Labuan yang berminat boleh berhubung terus dengan persatuan sukan masing-masing.
Labuan, 24 Julai 2024 - Kelab Rakan Muda SSN Mutiara menjalankan aktiviti Gaya Hidup Rakan Bumi di kawasan perhentian bas awam dan laluan masuk utama ke sekolah dengan penyertaan seramai 76 orang ahli Kelab.
Sesi ceramah kelestarian alam sekitar juga diadakan dengan bimbingan Pemimpin ARPRM SSN Mutiara Cikgu Gavin dan Cikgu Haslina.
ABUAN, 21 Julai 2024 - Seramai 48 orang belia daripada 6 pasukan yang telah menyertai Pertandingan Futsal Tertutup Semarak Belia Kitani di bawah Program Khidmat Komuniti Parlimen Belia Malaysia yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Belia W.P. Labuan iaitu Encik Yusrie bin Mohd Daud dengan kerjasama Majlis Belia Labuan dan Kelab Belia Kg. Patau-patau 1. Disamping itu, seramai 40 penyertaan kanak-kanak daripada Pertandingan Mewarna yang diadakan bersempena program tersebut.
Majlis penutupan disempurnakan oleh Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah Sukan, Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan. Turut hadir Puan Fatimah binti Ahmad, Ketua Kampung Patau-patau 1 dan Encik Mohammad Azuan Isack, Penolong Setiausaha Agung, Majlis Belia Labuan.
Pasukan Tawih FT mengungguli carta sebagai Johan Pertandingan Futsal Tertutup Semarak Belia Kitani, diikuti Pasukan Tenggiri FT tempat kedua dan pasukan Tungap FT tempat ketiga.
LABUAN, 21 Julai 2024 - Bertempat di Balai Raya Kg. Bebuloh Laut, Jabatan ini dengan kerjasama Majlis Belia Labuan dan Kelab Belia Kampung Bebuloh (BAMBU) telah berjaya melaksanakan Program Sukan Komuniti Luar Bandar Peringkat W.P. Labuan dengan jayanya.
Antara pengisian program adalah Pertandingan Dodgeball (Lelaki), Bola Tampar (Wanita), Sukan Rakyat dan Senamrobik yang melibatkan penyertaan sebahagian penduduk Kampung Bebuloh, W.P. Labuan dan kawasan-kawasan berhampiran.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Simsudin Sidek, Timbalan Pengerusi, Perbadanan Labuan dan turut dihadiri oleh Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah (Sukan) JBS Labuan, Cik Nazera binti Roslan, Presiden Majlis Belia Labuan dan Cik Susi Ramilyana, Pengerusi Kelab Belia Bebuloh (BAMBU).
Jabatan ini merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan strategik pelaksanaan program ini iaitu Majlis Belia Labuan dan Kelab Belia Kampung Bebuloh dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung.
LABUAN, 14 Julai 2024 – Kelab Sukan Boules Layangan telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-5, bertempat di Gelanggang Kelab Sukan Boules Layangan pada 14 Julai 2024. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Encik Hassan bin Ahmad, Naib Presiden 1 Persatuan Boules WP Labuan.
Pihak Jabatan mengucapkan tahniah kepada Presiden dan barisan AJK Kelab yang telah terpilih dan memegang mandat bagi sesi 2024-2026. Semoga jalinan kerjasama strategik antara pihak Jabatan dan kelab semakin erat dan usaha melahirkan serta mencungkil bakat-bakat baru sukan boules sehingga ke peringkat tertinggi akan tercapai.
Jabatan ini mempelawa penduduk kampung berhampiran untuk menyertai Program Sukan Komuniti Luar Bandar 2024 Peringkat WP Labuan.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan dengan Kerjasama Majlis Belia Labuan dan Kelab Belia Kampung Bebuloh (BAMBU) ini akan dilaksanakan seperti maklumat berikut:-
LABUAN, 6 Julai 2024 - Kelab Belia Kampung Lubuk Temiang (KBKLT) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7, bertempat di Thai Beach Restaurant.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan. Turut hadir Cik Nazera binti Roslan, Presiden Majlis Belia Labuan (MBL), Encik Mohd Aliff bin Akhbar, Ketua Kampung Lubuk Temiang, pegawai JBS WP Labuan, barisan Exco MBL, barisan AJK serta ahli KBKLT.
Semoga KBKLT akan terus maju jaya di bawah pimpinan Encik Mohd. Hafiz bin Hamzah selaku Pengerusi KBKLT dan seluruh pucuk pimpinan KBKLT akan lebih progresif serta dinamik bagi memacu belia Labuan, khususnya belia Kampung Lubuk Temiang.