Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kelab Belia Anak Layangan (KEBAL) yang telah memenangi tempat Ketiga bagi Kategori Pertubuhan Belia bagi Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2024!
Pengiktirafan ini membuktikan bahawa golongan belia di Wilayah Persekutuan Labuan sangat aktif dalam mendukung aspirasi Negara untuk membina generasi masa hadapan yang lebih dinamik dan progresif.
LABUAN, 19 Mei 2024 – Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Pertubuhan Belia Beliawanis Bukit Kuda telah menganjurkan Program Jalan Untuk Sihat (JUST) Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WP Labuan Tahun 2024.
Penyertaan bagi program ini adalah sangat memberangsangkan dan Tuan Haji Rithuan bin Haji Mohd Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan turut menyertai aktiviti jalan kaki sejauh 3KM ini. Tahniah, syabas dan terima kasih diucapkan kepada para penganjur dan para peserta.
LABUAN, 19 Mei 2024 – Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Kelab Belia Kg. Tanjung Aru dan JHK Event telah menganjurkan Program Fun Ride Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WP Labuan Tahun 2024.
Penyertaan bagi Program Fun Ride ini adalah sangat memberangsangkan dan Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan turut menyertai aktiviti kayuhan sejauh 32KM ini. Tahniah, syabas dan terima kasih diucapkan kepada para penganjur dan para peserta.
LABUAN, 18 Mei 2024 – Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Kelab Belia Kampung Bebuloh dan Persatuan Sukan Kecergasan WP Labuan telah menganjurkan Program 2 Hours Aerobicthon Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WP Labuan Tahun 2024. Program tersebut telah dilaksanakan pada 18 Mei 2024, bertempat di Aras 3, Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan.
Dua anugerah khas iaitu “The Most Bonggalicious OOTD” dan “The Most Etchingera Energy” telah disediakan bagi menghangatkan lagi program tersebut. Tahniah, syabas dan terima kasih diucapkan kepada para penganjur dan para peserta. Semoga masyarakat akan terus mengamalkan gaya hidup yang sihat.
LABUAN, 18 Mei 2024 – Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama FSYM Auto Garage telah menganjurkan Program UK Street Autoshow Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WP Labuan Tahun 2024. Program tersebut telah dilaksanakan pada 18 Mei 2024, bertempat di UK Street Ujana Kewangan Labuan.
Sebanyak sebelas kategori yang telah dipertandingkan iaitu Best THDM Car, Best JDM Car, Best JDM Look / Convert Car, Best Import Car, Best 4x4 / SUV Lift Up, Best 4x4 / SUV Lowered, Best Stance Static, Best Sound Display, Best Airsus, Best Simple Clean dan Best MDM Car.
LABUAN, 18 Mei 2024 – Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Kelab Belia Kg Lubuk Temiang telah menganjurkan Pertandingan Mewarna Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WP Labuan Tahun 2024. Program tersebut telah dilaksanakan pada 18 Mei 2024, bertempat di Aras 3, Dewan Konvensyen Ujana Kewangan Labuan.
Penyertaan bagi program ini adalah sangat memberangsangkan. Tahniah, syabas dan terima kasih diucapkan kepada para penganjur dan para peserta.
LABUAN, 19 Mei 2024 – Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan dengan kerjasama Kelab Belia Anak Layangan telah mengadakan Street Market Sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WP Labuan Tahun 2024. Program jualan ini telah berlangsung sejak 17 Mei 2024 sehingga 19 Mei 2024, bertempat di Sakura Street dan UK Street Ujana Kewangan Labuan.
Ramai pengunjung telah menyinggah dan membeli hasil jualan para peniaga. Tahniah, syabas dan terima kasih diucapkan kepada para penganjur dan para peniaga.