Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua. Semoga Hari Raya Aidiladha ini membawa keberkatan dan kebahagiaan kepada semua.
Hari Raya Aidiladha adalah waktu untuk kita mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS, serta memperkukuhkan nilai-nilai keikhlasan dan pengorbanan dalam kehidupan kita.
Semoga segala ibadah korban kita diterima oleh Allah SWT dan diberkati dengan keberkatan yang melimpah.
Ayuh, sama-sama kita memberikan sokongan kepada atlet negara yang akan berjuang dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada 26 Julai 2024 hingga 8 Ogos 2024 dan Sukan Paralimpik Paris 2024 pada 28 Ogos 2024 hingga 8 September 2024!
Jom zahirkan tahap sokongan pada Pasukan Harimau Malaya menentang Chinese Taipei. Tayangan Skrin Besar akan diadakan di beberapa lokasi diseluruh Malaysia termasuk Labuan seperti maklumat berikut:-
LABUAN, 8 Jun 2024 - Seramai 40 orang peserta telah menerima sijil selepas menghabiskan 6 sesi pembelajaran Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 1 WP Labuan 2024.
Antara objektif program ini adalah menyediakan medium latihan renang kanak-kanak berumur 6 - 12 tahun daripada kalangan keluarga B40.
Selain itu, ianya juga diharapkan dapat mengurangkan risiko kemalangan dalam air yang saban hari meningkat di Malaysia.
Majlis perasmian penutup dan penyerahan sijil telah disempurnakan oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan. Turut hadir Encik Su Thian Song, Presiden Persatuan Akuatik WP Labuan.
LABUAN, 10 Jun 2024 - Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan telah membuka dan menyertai Reruai Pameran Sempena Program Karnival Pendidikan 2024 anjuran MAIWP Cawangan Labuan pada 8 dan 9 Jun 2024, bertempat di Ruang Legar, Tingkat 2, Kompleks Ujana Kewangan Labuan.
Pelbagai agensi kerajaan, swasta, IPTA dan IPTS turut menyertai pameran tersebut. Selain itu, pelbagai aktiviti menarik dan bermanfaat telah dilaksanakan. Antaranya Kaunter Derma Darah, Pocket Talk, Tebuk Ngaji Challenge, Kahoot MAIWP Challenge, E-Sports: MLBB dan banyak lagi.
LABUAN, 7 Jun 2024 – Satu perlawanan persahabatan bola sepak sempena Program Libat Urus Rakan Strategik Jabatan Kerajaan WP Labuan Bersama Media WP Labuan telah berlangsung di Padang Sintetik, Kompleks Belia dan Sukan W.P. Labuan.
Program ini merupakan salah satu medium untuk merapatkan hubungan antara jabatan kerajaan dan rakan media Labuan di samping mempromosikan gaya hidup sihat dengan bersukan kepada segenap lapisan masyarakat.
'Kick Off' perlawanan persahabatan tersebut telah disempurnakan oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan. Terima kasih dan setinggi penghargaan kepada ketua-ketua jabatan serta rakan-rakan media yang telah hadir menyertai perlawanan persahabatan ini.