- JBS WP Labuan
- Hits: 119
LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KBS KE TAPAK PROJEK NAIK TARAF KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN W.P.LABUAN
LABUAN, 8 September - YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan telah melakukan lawatan kerja ke tapak Projek Naiktaraf Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan petang ini.
Taklimat kemajuan projek telah disampaikan oleh Ir. Mohd. Faizul bin Mohd. Ali Hanapiah, Pengarah Jabatan Kerja Raya WP Labuan dan turut dihadiri oleh Dr. Zainah binti Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara serta Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan.
YBhg. Ts. Dr. Ketua Setiausaha turut dibawa melihat perkembangan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan di tapak dan telah memberi penegasan kepada kontraktor utama untuk menggiatkan kerja di tapak bina agar projek siap mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
- JBS WP Labuan
- Hits: 119
