Pada hari kedua pertandingan hari ini, rata-rata atlet Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan bersaing di peringkat kumpulan antaranya bagi Sukan Ping Pong, Nur Aisyah Alya Arifin (T10), Dunken Lee De Qin (T11) manakala bagi sukan Boccia pula Avrinda Anis (BC2) memulakan saingan di peringkat kumpulan menentang Sabah dan Carlo Jay (BC2) menentang pasukan Selangor.
Manakala di sukan Para Powerlifting, Mohammad Amin Bin Gapar Kategori 54kg tidak berjaya membawa pingat. Beliau merupakan atlet baru dan para sukma kali ini merupakan penampilan kali pertama beliau.
Atlet Para Ping Pong kontinjen W.P. Labuan, Dunken Lee De Qin memdapat sokongan padu dari kedua ibubapanya yang turut hadir ke Kuching, Sarawak bermula 21 September 2024 dan turut hadir memberi sokongan kepad beliau hari ini.
Hari ini Dunken memulakan perlawanan dalam kumpulan bagi Kategori T11 (Lelaki). Beliau tewas menentang atlet Kelantan yang merupakan juara sewaktu Para SUKMA KL 2022 lepas dengan mata 3-0 dan atlet Sabah dengan mata 3-1.
Kehadiran keluarga seperti ini menunjukkan tahap sokongan para ibu bapa terhadap pertandingan sukan yang mengangkat martabat serta kehidupan warga OKU dalam bidang sukan.
PARA SUKMA, SARAWAK ~ Kutipan pingat pertama (Perak)bagi Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan yang dihadiahkan oleh LABO BIN TAULIM bagi acara gaya kuak dada 100M Kategori SB9 di Pusat Akuatik Pandalela, Para Sukma Sarawak. Tahniah diucapkan sekali lagi..
Pasukan Para Olahraga Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan hari ini menurunkan atlet-atletnya untuk bersaing. Bagi Kategori T20 Lompat Lauh, W.P. Labuan di wakili oleh Geofreazer Joremy Eloy yang hanya mampu mencapai di kedudukan tempat ke empat dengan catatan 5.97 meter. Manakala bagi Kategori T20 - 1500m, Wong Soon Yuang berada di kedudukan ke 10 dengan catatan masa 5:01:24.
Di Pusat Akuatik Pandalela Rinong pula Pasukan Para Renang W.P. Labuan telah menghadiahkan 1 pingat Perak buat Kontinjen Wilayah Persekutuan Labua bagi Kategori Kuak Dada 100M yang di wakili oleh Labo Bin Taulim. Manakala seorang lagi perenang muda Pasukan Para Renang Labuan bagi Kategori S14 iaitu Muhammad Aiman Bin Ahad hanya berjaya menamatkan pertandingan dengan catatan masa 2 minit 24 saat.
Manakala bagi sukan Boccia pula, Carlo Jay Kategori BC2 (Lelaki) telah memanangi saingan di peringkat kumpulan dengan Mata 12:1 menentang Sabah.
Saingan bagi sukan Para Olahraga dan Boccia akan diteruskan lagi petang ini.
Pasukan Para Powerlifting Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan petang tadi telah menerima kunjungan YBhg. Datuk Mohd. Nasir Bin Ali, Pengerusi Majlis Sukan Wilayah Persekutuan dan Timbalan Pengarah, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Puan Lidyawati Binti Hamzah.
Dalam sesi itu tadi, YBhg Datuk memberikan kata-kata semangat dan perangsang
kepada atlet-atlet Para Powerlifting dalam bersaing di temasya Para SUKMA ini nanti.
2 Orang atlet Para Powerlifting, Raffli Bin Suhaili bagi Kategori 49kg dan Mohd. Amin Bin Gapar bagi kategori 54kg dalam sesi itu tadi berpeluang juga untuk menjalani sesi latihan dan penyesuaian gelanggang sebelum memulakan saingan yang dijangka dijadualkan pada 24-25 September 2024 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak.
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan berkesempatan membuat lawatan ke Kolam Renang Pandelela Rinong bagi meninjau sesi latihan dan penyesuaian bagi Pasukan Para Renang W.P. Labuan tengahari tadi.
Dikesempatan itu, YB Hannah sempat bertanya khabar dan menyampaikan kata-kata semangat pada atlet-atlet sebelum memulakan saingan nanti.
Turut hadir dilokasi menyambut ketibaan YB Menteri adalah Puan Hajah Mahanum Fauzi, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan W. P. Labuan selaku CDM bagi Kontinjen W.P. Labuan.
LATIHAN PENYESUAIAN GELANGGANG BAGI ATLET PARA RENANG, PARA BADMINTON DAN TENPIN BOWLING KONTINJEN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Di venue Para Renang, Para Badminton dan Tenpin Bowling atlet-atlet Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan sedang menjalani Latihan Penyesuaian Gelanggang sebelum memulakan saingan yang dijadualkan bermula esuk.
Selamat Berjuang Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan.