- JBS WP Labuan
- Hits: 148
SESI TAKLIMAT DAN LATIHAN UJIAN PENERIMAAN PENGGUNA (UAT) SISTEM TEMPAHAN FASILITI KBS - PEMBAYARAN TEMPAHAN DENGAN MENGGUNAKAN JOMPAY
PUTRAJAYA, 28 Oktober - Satu sesi taklimat dan latihan Ujian Penerimaan Pengguna (UAT) Sistem Tempahan Fasiliti KBS - Pembayaran Tempahan Menggunakan JomPay telah berlangsung di Aras 14, Menara KBS hari ini.
Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan telah menghantar 2 orang pegawai menghadiri sesi tersebut iaitu Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan dan Encik Olah bin Lima, Ketua Pembantu Tadbir.
Taklimat dan latihan telah disampaikan oleh pegawai daripada Bahagian Pengurusan Maklumat KBS, Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan
JBSNegara
, wakil JomPay dan wakil Hong Leong Bank.Penambahbaikan Sistem Tempahan Fasiliti KBS ini diharapkan akan memudahkan pengguna yang membuat tempahan dan bayaran di Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan.
- JBS WP Labuan
- Hits: 148
