- JBS WP Labuan
- Hits: 127
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM SUKAN SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
LABUAN, 16 Oktober – Satu mesyuarat penyelarasan program sukan sempena Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pengangkutan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan dipengerusikan oleh Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan.
Objektif mesyuarat ini diadakan adalah untuk menyelaraskan gerak kerja bersama agensi dan persatuan yang telah dikenalpasti bagi menjayakan program sukan yang akan dilaksanakan pada Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pengangkutan pada 9 November 2024 (Sabtu) di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Di antara agensi yang akan bekerjasama menjayakan program sukan tersebut adalah Perbadanan Labuan, Polis Daerah Labuan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, JPJ W.P Labuan, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) WP Labuan, APM W.P Labuan, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) WP Labuan, MOTAC WP Labuan, Majlis Belia Labuan, Persatuan Olahraga Amatur Labuan, Persatuan Sukan Kecergasan Wilayah Persekutuan Labuan, Labuan Esports Association dan JHK EVENTS.
Program sukan yang akan dilaksanakan pada hari tersebut adalah Senamrobik Perdana, Fun Ride 30km (RB, MTB & Folding Bike), Fun Run 5km, Fun Walk 3km, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Sukan Rakyat dan Pertandingan E-Sports.
Pihak Jabatan menjemput semua warga Labuan mendaftar dan hadir memeriahkan program dan acara pada Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pengangkutan. Jumpa anda di sana. Jom Gegar Labuan.
- JBS WP Labuan
- Hits: 127
