LABUAN, 24 Januari โ Satu sesi naziran bagi perolehan dan bayaran bagi kontrak perkhidmatan, bekalan serta sewaan Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan telah berlangsung hari ini, bertempat di Bilik Mesyuarat JBS W.P. Labuan. Sesi ini telah dilaksanakan oleh Puan Nadzirah binti Zulkifli dan Puan Sabariah binti Hamid dari Cawangan Kewangan dan Akaun, Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan objektif memastikan peruntukan tahun semasa mencukupi bagi pembayaran kontrak dan sasaran sifar permohonan pembayaran melalui Invois Tanpa Pesanan Kerajaan. Selain itu, semakan terhadap pembayaran dibuat selaras dengan tatacara semasa yang berkuatkuasa dan memastikan tanggungan kontrak dibuat dengan teratur selaras dengan peruntukan yang disalurkan. Pihak Jabatan sentiasa memastikan tadbir urus serta tatakelola dalam pengurusan perolehan dan bayaran sentiasa dipatuhi.
Jabatan Belia dan Sukan Negara melalui Bahagian Pembangunan Belia membuka permohonan bagi menyertai Kem Pemilihan Program Pertukaran Belia Antarabangsa bagi tahun 2025. ย Tempoh Permohonan: 6 Januari sehingga 24 Januari 2025 ย Permohonan ini terbuka kepada belia berusia 18 hingga 30 tahun. Bagi yang berminat dan berkelayakan, jangan lepaskan peluang anda!!! ย Keterangan lanjut, syarat-syarat permohonan dan tatacara permohonan boleh didapati dengan melayari exchange.kbs.gov.my
KUNDASANG, 16 Februari 2025 โ Seramai 30 orang peserta menyertai Kursus Kepimpinan Organisasi Belia WP Labuan yang diadakan di Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang bermula 14 hingga 16 Februari 2025 . Program ini dianjurkan oleh Majlis Belia Labuan, Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan bersama Akademi Kenegaraan Malaysia. Kursus selama tiga hari ini bertujuan untuk memupuk semangat kepimpinan dan meningkatkan kemahiran pengurusan dalam kalangan belia, selaras dengan usaha memperkasa potensi mereka untuk memimpin organisasi belia di masa hadapan. Majlis penutup kursus KPO disempurnakan oleh Puan Hajah Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan. Dalam ucapan penutupan, beliau menekankan pentingnya peranan belia dalam pembangunan masyarakat dan negara, serta berharap para peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam kehidupan seharian dan dalam memimpin organisasi masing-masing.
KUALA LUMPUR, 16 Feb - Kursus Kewangan Bagi Modul Terimaan dan Bayaran untuk Pusat Tanggungjawab Jabatan Belia dan Sukan Negara telah berlangsung dari 14 hingga 16 Februari 2025 bertempat di AC Hotel Kuala Lumpur. Kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan, JBSNegara ย telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan yang menyelaras terimaan dan bayaran di semua PTJ JBS Negara. JBS WP Labuan diwakili oleh Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pengurus KOMBES WP Labuan dan Puan Mardiana Yanim dari Bahagian Kewangan.
LABUAN, 5 Februari 2025 - Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) sempat menyantuni Majlis Belia Labuan (MBL) dan Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (SRM UMSKAL) dalam lawatan kerja rasmi beliau di Wilayah Persekutuan Labuan. Turut hadir Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan, Cik Nazera binti Roslan, Presiden MBL, Encik Yusrie bin Mohd Daud, Ahli Parlimen Belia Malaysia (WP Labuan) merangkap Naib Presiden 2 MBL dan Encik Kumaravel A/L Vee Loo Samy, Presiden SRM UMSKAL. Semoga segala usaha dan hubungan strategik bersama mampu memperkasa belia, sukan dan rakan muda di Wilayah Persekutuan Labuan.
LABUAN, 5 Februari 2025 - Rombongan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang diketuai oleh Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah JBSN telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL). Antara intipati perbincangan adalah berkenaan cadangan penganjuran Ekspo Industri Sukan Borneo di Labuan pada tahun ini. Selain itu, turut dibentangkan berkenaan perancangan program kerjasama strategik antara Jabatan bagi sepanjang tahun 2025 dalam usaha memajukan dan memperkasa belia serta sukan di Labuan. Turut hadir Encik Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan JBSN, Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan, Puan Dayang Salmah binti Abbas, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Hal Ehwal Korporat Perbadanan Labuan dan Encik Azizi Azran bin Abdullah, Pegawai Sekretariat Industri Sukan.
LABUAN, 4 Februari 2025- Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) tiba di Labuan petang ini bagi lawatan kerja rasmi. Ketua Pengarah JBSN akan membuat kunjung hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan bagi membentangkan cadangan penganjuran Ekspo Industri Sukan Borneo di Labuan pada tahun ini. Rombongan JBSN turut disertai Encik Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan JBSN dan Encik Azizi Azran bin Abdullah, Pegawai Sekretariat Industri Sukan.
LABUAN, 6 Disember - Satu perlawanan persahabatan bola sepak telah berlangsung di antara pasukan Pilihan JBS WP Labuan menentang pasukan Pejabat Daerah Tenom telah berlangsung petang tadi di Padang Sintetik Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan.
ย
Perlawanan tersebut merupakan salah satu program dalam rangka lawatan kerja Pejabat Daerah Tenom ke WP Labuan. Turut beraksi dalam perlawanan tersebut adalah Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah (Sukan).
ย
Pihak Jabatan mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih Pegawai Daerah Tenom dan delegasi Pejabat Daerah Tenom yang sudi berkunjung ke WP Labuan dan semoga jalinan kerjasama strategik begini akan memberi idea malar segar bagi pembangunan belia dan sukan serta komuniti di pulau ini.