- JBS WP Labuan
- Hits: 139
KURSUS KEPIMPINAN ORGANISASI BELIA WP LABUAN 2025
- JBS WP Labuan
- Hits: 139
KUNDASANG, 16 Februari 2025 – Seramai 30 orang peserta menyertai Kursus Kepimpinan Organisasi Belia WP Labuan yang diadakan di Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang bermula 14 hingga 16 Februari 2025 . Program ini dianjurkan oleh Majlis Belia Labuan, Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan bersama Akademi Kenegaraan Malaysia.
Kursus selama tiga hari ini bertujuan untuk memupuk semangat kepimpinan dan meningkatkan kemahiran pengurusan dalam kalangan belia, selaras dengan usaha memperkasa potensi mereka untuk memimpin organisasi belia di masa hadapan.
Majlis penutup kursus KPO disempurnakan oleh Puan Hajah Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan. Dalam ucapan penutupan, beliau menekankan pentingnya peranan belia dalam pembangunan masyarakat dan negara, serta berharap para peserta dapat mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam kehidupan seharian dan dalam memimpin organisasi masing-masing.