KUNJUNG HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA KEPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERBADANAN LABUAN

KUNJUNG HORMAT KETUA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA KEPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERBADANAN LABUAN


LABUAN, 5 Februari 2025 - Rombongan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) yang diketuai oleh Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah JBSN telah mengadakan kunjungan hormat kepada YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL).
Antara intipati perbincangan adalah berkenaan cadangan penganjuran Ekspo Industri Sukan Borneo di Labuan pada tahun ini. Selain itu, turut dibentangkan berkenaan perancangan program kerjasama strategik antara Jabatan bagi sepanjang tahun 2025 dalam usaha memajukan dan memperkasa belia serta sukan di Labuan.
Turut hadir Encik Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah, Bahagian Pembangunan Sukan JBSN, Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan, Puan Dayang Salmah binti Abbas, Penolong Pengarah Kanan Jabatan Hal Ehwal Korporat Perbadanan Labuan dan Encik Azizi Azran bin Abdullah, Pegawai Sekretariat Industri Sukan.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search