NAZIRAN PEROLEHAN DAN BAYARAN BAGI KONTRAK PERKHIDMATAN, BEKALAN SERTA SEWAAN

LABUAN, 24 Januari – Satu sesi naziran bagi perolehan dan bayaran bagi kontrak perkhidmatan, bekalan serta sewaan Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan telah berlangsung hari ini, bertempat di Bilik Mesyuarat JBS W.P. Labuan.
Sesi ini telah dilaksanakan oleh Puan Nadzirah binti Zulkifli dan Puan Sabariah binti Hamid dari Cawangan Kewangan dan Akaun, Bahagian Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan, Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan objektif memastikan peruntukan tahun semasa mencukupi bagi pembayaran kontrak dan sasaran sifar permohonan pembayaran melalui Invois Tanpa Pesanan Kerajaan.
Selain itu, semakan terhadap pembayaran dibuat selaras dengan tatacara semasa yang berkuatkuasa dan memastikan tanggungan kontrak dibuat dengan teratur selaras dengan peruntukan yang disalurkan.
Pihak Jabatan sentiasa memastikan tadbir urus serta tatakelola dalam pengurusan perolehan dan bayaran sentiasa dipatuhi.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 12:48:01

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search