- JBS WP Labuan
- Hits: 120
'MEET AND GREET' KETUA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA BERSAMA MAJLIS BELIA LABUAN DAN SEKRETARIAT RAKAN MUDA UMSKAL
- JBS WP Labuan
- Hits: 120
LABUAN, 5 Februari 2025 - Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) sempat menyantuni Majlis Belia Labuan (MBL) dan Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (SRM UMSKAL) dalam lawatan kerja rasmi beliau di Wilayah Persekutuan Labuan.
Turut hadir Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan, Cik Nazera binti Roslan, Presiden MBL, Encik Yusrie bin Mohd Daud, Ahli Parlimen Belia Malaysia (WP Labuan) merangkap Naib Presiden 2 MBL dan Encik Kumaravel A/L Vee Loo Samy, Presiden SRM UMSKAL.
Semoga segala usaha dan hubungan strategik bersama mampu memperkasa belia, sukan dan rakan muda di Wilayah Persekutuan Labuan.