- JBS WP Labuan
- Hits: 81
YB MENTERI BELIA DAN SUKAN PANTAU PERKEMBANGAN PROJEK NAIK TARAF KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN W.P. LABUAN
LABUAN, 9 November – YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan berkesempatan turun padang memantau perkembangan Projek Naik Taraf Komplek Belia dan Sukan W.P. Labuan Sabtu lepas dalam rangka lawatan kerja di Labuan.
YB Menteri beserta rombongan dari KBSMalaysia dan JBSNegara telah diberikan taklimat oleh Ir. Haji Mohd. Faizul bin Mohd. Ali Hanapiah, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Labuan dan dibawa melihat sendiri perkembangan semasa kerja-kerja dalam projek tersebut yang telah mencapai 65% kemajuan pelaksanaan.
YB Menteri dalam sesi sidang media selepas taklimat dan lawatan tapak telah menggesa pihak kontraktor untuk menggiatkan kerja-kerja di tapak agar projek dapat disiapkan sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2025 kerana projek ini merupakan touch-point kepada masyarakat di Labuan.
- JBS WP Labuan
- Hits: 81
