MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TAHUN 2025

LABUAN, 17 Mei 2025 – Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib hadir merasmikan Sambutan Hari Belia Negara (HBN) Peringkat WP Labuan Tahun 2025, bertempat di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan Labuan. Bertemakan “Yakin Boleh”, penganjuran Sambutan HBN ini adalah bagi menghargai dan mengiktiraf peranan serta sumbangan para belia.
Penganjuran Sambutan HBN ini turut diserikan dengan penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat WP Labuan Tahun 2025. Selain itu, Sambutan HBN ini juga dimeriahkan lagi dengan pelaksanaan pelbagai aktiviti dan pengisian yang berteraskan kepada 13 port serta segmen.
Turut hadir YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara, Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, Cik Nazera binti Roslan, Presiden Majlis Belia Labuan dan Encik Kok Kaw Kia @ Erick Kok, Pengurus Pejabat PERKESO WP Labuan.

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search