- JBS WP Labuan
- Hits: 66
SESI AUDIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
- JBS WP Labuan
- Hits: 66
LABUAN, 21 Mei – Satu sesi lawatan pemeriksaan dan audit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di sektor awam telah dilaksanakan oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan W.P. Labuan kepada Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan pagi ini. Sesi audit ini dijalankan oleh Encik Shairazy bin Alluwie dari Seksyen Penguatkuasaan, JKKP WP Labuan yang bertujuan untuk menyemak pelaksanaan dan pematuhan Jabatan kepada Akta 514 – Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Turut hadir dalam sesi audit tersebut adalah Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah (Sukan), Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pengurus KOMBES WP Labuan dan Encik Olah bin Lima, Ketua Pembantu Tadbir.
Pihak JKKP WP Labuan juga dibawa melawat ke sekitar kawasan KOMBES WP Labuan bagi pemeriksaan lokasi berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pihak Jabatan juga berkesempatan mendapatkan input daripada JKKP WP Labuan bagi menambahbaik prosedur dan tatakelola berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di JBS WP Labuan.
#TeamKBS