W.P. LABUAN, 5 Oktober - Sebanyak 7 pasukan telah menyertai Pertandingan Aerobic Dance Peringkat W.P. Labuan 2024 yang diadakan di Dewan Serbaguna Perbadanan Labuan. 2 kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Remaja dan Kategori Dewasa. Objektif utama pelaksanaan program ini ialah bagi mempromosi sukan Aerobic Dance di kalangan rakyat Malaysia dan memberi pengetahuan tentang pengendalian pertandingan Aerobic Dance ini setaraf dengan penganjuran di peringkat antarabangsa.
Pasukan PEGASUS yang terdiri daripada pelajar Labuan International School dan PRISM IVY di kalangan gabungan kakitangan agensi kerajaan dan swasta di Labuan telah dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan tersebut. Kedua-dua pasukan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM800.00, medal serta sijil bagi Kategori Remaja dan RM 1,000.00 , medal serta sijil bagi Kategori Dewasa.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah (Bahagian Sukan) , Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan. Dalam ucapannya, beliau memaklumkan kedua-dua pasukan yang menjuarai pertandingan ini akan mewakili Labuan ke peringkat kebangsaan pada bulan November 2024.
Turut hadir semasa majlis tersebut ialah Prof Madya Dr. Hajah Mastura binti Johar, Presiden Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (MAFA) dan Dr. Haji Mardian Shah bin Omar, Timbalan Presiden Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (MAFA).
Kita juga boleh bersoal jawab secara maya, tuan puan boleh mengajukan soalan-soalan berkaitan aktiviti HSN2024 dan seterusnya mendapatkan info tepat bagaimana ingin menyertai aktiviti-aktiviti tersebut.
Jangan lupa malam ini temujanji kita seperti maklumat berikut:
Tarikh: 4 Oktober 2024 (Jumaat)
Masa: 8.30 malam
Bantu-bantu share info ini, agar semua warga Labuan mengetahui bagaimana cara untuk menyertai aktiviti-aktiviti menarik pada HSN2024 nanti.
4 Oktober 2024, Labuan - Peserta Tahap Gangsa dan Perak, Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Badan Operasi SSN Mutiara seramai 30 orang bakal menjalani Komponen Penjelajahan Lasak yang diadakan bermula 4 hingga 6 Oktober 2024 bertempat di Kampung Mesilou Kundasang Ranau Sabah.
Peserta perlu melengkapkan pendakian di Bukit Maragang bagi tahap masing-masing, selain itu juga aktiviti khidmat komuniti bersama Masyarakat kampung Mesilou juga diadakan. Kontigen diiringi oleh Pemimpin - pemimpin ARPRM SSN Mutiara seramai 11 orang.
LABUAN, 2 Oktober - Pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan melakukan aktiviti riadah Berjalan Untuk Sihat di sekitar kawasan Kompleks Belia & Sukan WP Labuan petang tadi.
Aktiviti ini dilaksanakan bagi menyemarakkan sambutan Hari Sukan Negara yang akan disambut serentak pada 12 Oktober depan.
Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan turut sama menyertai aktiviti tersebut yang menjadi rutin mingguan pegawai dan kakitangan Jabatan.
Di samping melakukan aktiviti sihat, pegawai dan kakitangan juga memantau keadaan persekitaran kawasan Kompleks yang sedang giat dinaiktaraf.
1 Oktober 2024, Labuan - Seramai 8 orang peserta tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) SSN Mutiara memulakan perjalanan bagi Penempatan Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) diiringi oleh Encik Zulhairi bin Isnean Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
Penempatan Emas ARPRM memberikan peluang kepada peserta menyumbang khidmat kepada komuniti setempat secara tidak langsung menjadi pengalaman beharga bagi setiap calon. Semoga dipermudahkan urusan Penempatan Emas SSN Mutiara Wilayah Persekutuan Labuan.
LABUAN, 29 September - Kepulangan wira dan wirawati Kontijen W.P. Labuan dari Temasya ParaSukma XXI Sarawak 2024 telah berlangsung di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Labuan malam ini.
Kontijen W.P. Labuan yang dianggotai seramai 33 atlit dan 20 pegawai pengiring diketuai oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan merangkap Chef de Mission Kontijen.
Turut hadir meraikan kepulangan kontijen adalah Tuan Haji Abidin bin Marjan, Pengarah Jabatan Pendidikan W.P. Labuan, Encik Heidar Hussien, Setiausaha PESRON W.P Labuan, pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan serta ahli keluarga para atlit.
Kontijen W.P. Labuan telah menyertai 8 acara dan membawa pulang 3 pingat emas, 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Seluruh warga Labuan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pencapaian atlit-atlit ParaSukma bagi edisi kali ini.