KONTINJEN RAKAN MUDA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN MERANGKUL JOHAN BECERITA DAN AZAN IQAMAH PROGRAM RAKAN MUDA RAMADA N 2025 PERINGKAT KEBANGSAAN

KONTINJEN RAKAN MUDA WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN MERANGKUL JOHAN BECERITA DAN AZAN IQAMAH PROGRAM RAKAN MUDA RAMADA N 2025 PERINGKAT KEBANGSAAN


20 Mac 2025, Cheras, Kuala Lumpur - Kontinjen Rakan Muda Wilayah Persekutuan Labuan ke Program Rakan Muda Ramadan 2025 peringkat Kebangsaan bertempat di Pusat Belia Antarabangsa Cheras mencatat sejarah dengan menjuarai Kategori Azan dan Iqamah (13-16 tahun) oleh Muhammad Danial Danish bin Mohd. Atzuwan dan Kategori Bercerita Kisah dari Al Quran (13-15 tahun) Muhammad Irsyad Izzuddin bin Emran dari SMK Labuan.
Kontinjen Rakan Muda Wilayah Persekutuan Labuan menghantar seramai 6 orang peserta bagi Pertandingan Azan dan Iqamah, Hafazan Al Quran Lelaki, Hafazan Perempuan dan Bercerita Kisah daripada Al Quran pada pertandingan kali ini.
Program ini dirasmikan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Berhormat Adam Adli bin Abd Halim Timbalan Menteri Belia dan Sukan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia turut hadir Puan Hajah Mahanum binti Fauzi Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Image
Kompleks Sukan Wilayah Persekutuan Labuan
Jalan Mohd Salleh, Peti Surat 80906
87019 Wilayah Persekutuan Labuan
Tel : 087-415344 | Fax : 087-415345

Y Center UTC - Pasar Sentral Labuan
Tel : 087-421596

http://www.jbsn.gov.my/jbs-labuan

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-10-2025, 11:13:28

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search