- JBS WP Labuan
- Hits: 97
KUNJUNG HORMAT PERSATUAN SUKAN TOUCH
- JBS WP Labuan
- Hits: 97
LABUAN, 24 Mac 2025 - Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan menerima kunjung hormat daripada Persatuan Sukan Touch Labuan (LaTA) petang tadi yang diketuai sendiri oleh Presidennya, Encik Johann Junior Ong. Turut hadir ialah 3 orang lagi jawatankuasa tertingginya iaitu Encik Gabriel Tan (Timbalan Presiden), Encik Mohd Kharizal Firdauz B Zainal (Setiausaha) dan Puan Siti Nurmaairah bte Mastor (Timbalan Setiausaha).
Persatuan ini telah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Pesuruhjaya Sukan Malaysia pada tahun lalu dan antara pengisian sesi kunjung hormat tersebut adalah memperkenalkan latar belakang permainan sukan tersebut dan seterusnya menerangkan hala tuju pembangunan tersebut untuk dibangunkan di W.P. Labuan selaras dengan tujuan penubuhan LaTA iaitu untuk mempromosikan sukan ragbi sentuh khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan, serta pendedahan awal bermain ragbi sentuh dari peringkat sekolah rendah di pulau ini.