- JBS WP Labuan
- Hits: 56
PROGRAM MASTER SPORT PERINGKAT W.P. LABUAN (GOLF) 2025
- JBS WP Labuan
- Hits: 56
28 Jun 2025 | Labuan International Golf Club - Seramai lebih kurang 87 orang peminat-peminat sukan Golf telah menyertai Program Master Sport Peringkat W.P. Labuan 2025 (Golf) yang dianjurkan oleh jabatan ini dengan kerjasama Labuan International Golf Club dan Kelab Petanque Layangan.
Matlamat untuk Malaysia mencapai status negara sukan tidak hanya memfokuskan kepada pencapaian sukan berprestasi tinggi tetapi yang paling utama adalah untuk membangunkan ekosistem budaya sukan ke arah kesejahteraan rakyat secara holistik sepertinini. Bagi mencapai matlamat tersebut, pelbagai usaha dan pendekatan yang komprehensif seperti pelaksanaan program ini perlu digerakkan dengan kerjasama pelbagai pihak.
Program ini juga turun disertai oleh beberapa orang-orang kenamaan termasuklah ketua-ketua jabatan agensi kerajaan dan swasta, pemimpin-pemimpin masyarakat dan pelbagai lapisan masyarakat.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Puan Mahanum Binti Fauzi, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan.
Jabatan ini turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama dalam pelaksanaan program ini terutamanya kepada Labuan International Golf Club, Kelab Petanque Layangan dan juga kepa