- JBS WP Labuan
- Hits: 86
MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN TAHUN 2025
- JBS WP Labuan
- Hits: 86
LABUAN, 18 Mei 2025 - Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat WP Labuan Tahun 2025 telah dilaksanakan pada 17 Mei 2025, bertempat di Dewan Konvensyen, Ujana Kewangan Labuan, bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat WP Labuan Tahun 2025. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Mohd Sukuran bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan. Terdapat tiga kategori yang telah dipertandingkan iaitu Kategori Individu Lelaki, Kategori Individu Wanita dan Kategori Pertubuhan. Johan bagi setiap kategori akan mewakili WP Labuan ke peringkat kebangsaan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Semoga belia Labuan akan terus maju, proaktif dan dinamik dalam usaha untuk menyumbang kepada pembangunan masyarakat, agama serta negara.
SENARAI PENERIMA APBN PERINGKAT WP LABUAN TAHUN 2025
KATEGORI PERTUBUHAN BELIA
Kelab Belia Kampung Bebuloh (BAMBU)
Kelab Belia Kampung Lubok Temiang (KBKLT)
Persatuan Gabungan Belia dan Beliawanis Kg. Pohon Batu (GABPOBA)
KATEGORI INDIVIDU LELAKI
Encik Tan Chee Haw
Encik Irham Zulhilmi bin Mohd Johan
Encik Manmohan A/L Nathan
KATEGORI INDIVIDU WANITA
Cik Susi Ramilyana binti Maideen
Puan Nur Syahiera
Cik Nur Mirza Rasyiqah binti Nizam