LABUAN, 29 September - Kepulangan wira dan wirawati Kontijen W.P. Labuan dari Temasya ParaSukma XXI Sarawak 2024 telah berlangsung di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Labuan malam ini.
Kontijen W.P. Labuan yang dianggotai seramai 33 atlit dan 20 pegawai pengiring diketuai oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan merangkap Chef de Mission Kontijen.
Turut hadir meraikan kepulangan kontijen adalah Tuan Haji Abidin bin Marjan, Pengarah Jabatan Pendidikan W.P. Labuan, Encik Heidar Hussien, Setiausaha PESRON W.P Labuan, pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan serta ahli keluarga para atlit.
Kontijen W.P. Labuan telah menyertai 8 acara dan membawa pulang 3 pingat emas, 3 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Seluruh warga Labuan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pencapaian atlit-atlit ParaSukma bagi edisi kali ini.
Hari ini di gelanggang Boling Padang ( Lawn Bowls) bagi kategori B8 Wanita memberikan kenangan manis buat Cik Asmaliza Tuah yang menyumbang 1 lagi Pingat Emas buat kontinjen W.P.Labuan.