KUCHING, 15 Ogos 2024 - Puan Aisah binti Hj. Alias, jurulatih bagi pasukan Lawn Bowls (Boling Padang) Wilayah Persekutuan kini membawa cabaran sukan ini ke Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024. Beliau yang juga merupakan salah seorang kakitangan Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan telah berkampung di Temasya SUKMA ini bermula pada 11 Ogos 2024 yang lalu.
SUKMA Sarawak XXI yang akan berlangsung sehingga 24 Ogos 2024 ini mengumpulkan atlet kontinjen dari 14 negeri di Malaysia (termasuk Wilayah Persekutuan) dan kontinjen dari Negara Brunei, yang akan berkampung dan berjuang di Sarawak Bumi Kenyalang.
LABUAN, 8 Ogos 2024 - Seramai 20 orang prospek telah mengikuti kursus serta latihan kemahiran bagi Projek Reben Kuning Peringkat WP Labuan yang telah dilaksanakan bermula 5 hingga 8 Ogos 2024, bertempat di Pusat Koreksional WP Labuan. Program yang dilaksanakan selama 4 hari berkonsepkan latihan pembangunan kemahiran pengisian jati diri belia Malaysia yang memfokuskan kepada pembinaan motivasi diri dalam kehidupan yang bertemakan ‘Aku Bangkit Kembali’ serta peluang dan penciptaan pekerjaan kepada prospek. Terdapat juga 2 majikan yang hadir ke Pusat Koreksional WP Labuan dan mengadakan temuduga kepada prospek yang ingin mencari pekerjaan setelah tamat tempoh hukuman.
Antara latihan kemahiran yang disediakan kepada peserta di Pusat Koreksional WP Labuan adalah Kursus Asas Pendawaian Elektrik dan Kursus Asas Penghawa Dingin Komersial. Kesemua peserta mempunyai potensi dan kemahiran tersendiri serta menunjukkan minat mendalam untuk meneruskan kemahiran ini apabila telah dibebaskan kelak.
Majlis Penutupan Projek Reben Kuning Peringkat WP Labuan 2024 telah disempurnakan oleh PP Richard Robin, Penguasa Penjara WP Labuan. Turut hadir Puan Tracy Tumay binti Rigar, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan, Encik Ahmad Rithaudin bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut, Sabah dan Encik Soripin Ripol, Pengurus Keselamatan Sosial (PERKESO) WP Labuan.
Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan mempelawa warga Labuan untuk menyertai Program Pembangunan Sukan Baru Pickleball yang akan diadakan pada 24-25 Ogos 2024 (Sabtu - Ahad), bertempat di Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Belia dan Sukan Labuan.
60 orang penyertaan terawal akan mempelajari dan mengenali berkaitan sukan Pickleball, bagaimana cara permainan dan seterusnya cara utk mengadili sukan ini.
Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan mempelawa warga Labuan untuk menyertai Program Pembangunan Sukan Baru Walking Football yang akan diadakan pada 22 Ogos 2024 (Khamis), bertempat di Padang Sintetik, Kompleks Belia dan Sukan Labuan.
40 orang penyertaan terawal akan mempelajari dan mengenali berkaitan sukan Walking Football, bagaimana cara permainan dan seterusnya cara utk mengadili sukan ini.
BANGI, 10 Ogos 2024 - Sekalung tahniah diucapkan kepada Encik Felix Den Anthony Paru dan Encik Olah bin Lima yang merupakan pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan, atas penganugerahan APC pada tahun ini.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 dan Apresiasi 2024 KBS telah dilaksanakan pada 12 Julai 2024, bertempat di Hall 1, Bangi Avenue Convention Centre. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha KBS, Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu.
LABUAN, 8 Ogos - Satu mesyuarat penyelarasan bagi Permohonan N.O.C Skop dan Kos Projek Naiktaraf KOMBES Labuan telah diadakan di Pejabat Tapak Projek.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan turut dihadiri oleh pegawai JKR Malaysia, Bahagian Pembangunan KBS Malaysia, JKR W.P Labuan dan JBS W.P Labuan.
Pihak JKR WP Labuan telah membentangkan senarai permohonan N.O.C skop dan kos projek kepada Kementerian Belia dan Sukan bagi tujuan diangkat kelulusan di peringkat Kementerian Ekonomi.
Status kemajuan fizikal semasa projek adalah 55% dan berdasarkan E.O.T No. 3, tarikh siap semasa projek adalah pada 19 Mac 2025. Pihak kontraktor iaitu Mohisma (M) Sdn. Bhd. telah diberi peringatan untuk menggiatkan kerja-kerja di tapak bina agar projek dapat disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan.
Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan dengan kerjasama Persatuan Kanu Labuan akan melaksanakan Program Cabaran Wanita Waja-Hiking.
Objektif program ini adalah untuk menggalakkan semangat penjelajahan dan pengembaraan melalui aktiviti berkaitan alam sekitar atau kesedaran alam sekitar dengan melibatkan penyertaan komuniti setempat.
Penyertaan program adalah secara percuma dan terbuka kepada wanita yang berumur 18 tahun ke atas.
Inspire OKU Aktif @ Hujung Minggu Peringkat WP Labuan diadakan selama 10 siri sepanjang bulan Ogos - September 2024, jam 4.00 petang di Taman Awam, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama PESRON WP Labuan, PDK Mutiara dan PDK Labuan.
Masyarakat Labuan yang berminat untuk menyertai aktiviti ini boleh datang terus pada setiap Sabtu, Jam 4.00 petang.