Pusat Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Labuan, 6 Julai 2024 - Warga kerja Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Labuan menjalani Latihan Asas Kecemasan yang diadakan bagi meningkatkan kemahiran bantu mula dan tindakan kecemasan.
Peserta didedahkan dengan latihan persediaan menghadapi bencana, latihan Asas Bantu Mula dan Asas Kemahiran Tali yang disampaikan oleh Jurulatih bertauliah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Labuan.
Turut hadir Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah Sukan, Puan Tracy Tumay Rigar, Penolong Pengarah Belia dan Pengurus Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Labuan, Encik Abang Syamsulzainuri.
Pusat Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Labuan, 6 Julai 2024 - Seramai 70 orang peserta terdiri daripada Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA), Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (SRM UMSKAL), Peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) SSN SMK Mutiara dan SMK Labuan telah menyertai Program Latihan Bencana peringkat Wilayah Persekutuan Labuan.
Peserta didedahkan dengan latihan persediaan menghadapi bencana, latihan Asas Bantu Mula dan Asas Kemahiran Tali yang disampaikan oleh Jurulatih bertauliah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Labuan.
Turut hadir Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah Sukan dan Puan Tracy Tumay Rigar, Penolong Pengarah Belia.
LABUAN, 26 Jun 2024 - Seramai 33 orang pegawai dan kakitangan JPJ W.P. Labuan telah menjalani Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi tujuan penilaian tahap kecergasan para pegawai dan kakitangan jabatan tersebut. Setiap peserta telah diuji melalui 5 jenis ujian merangkumi bacaan indeks jisim tubuh, genggaman tangan, duduk dan jangkau, bangun tubi dan larian ulang alik 20 meter/berjalan 6 minit.
UKJK tersebut telah dilaksanakan di Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Belia dan Sukan W.P. Labuan dan barisan penguji terdiri daripada para pegawai Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan yang diketuai oleh Puan Tracy Tumay Rigar, Penolong Pengarah Belia selaku ketua penguji.
LABUAN, 25 JUN 2024 – JBS WP Labuan dan IKBN Kinarut Sabah mengadakan kunjungan hormat kepada PKP Alik bin Makim, Pengarah Pusat Koreksional WP Labuan, bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat Koreksional Labuan.
Antara intipati perbincangan adalah berkenaan pelaksanaan bersama bagi Program Reben Kuning Peringkat WP Labuan 2024 serta lawatan tapak bagi pelaksanaan program tersebut.