LABUAN, 29 Julai 2024 - Kelab Belia Kampung Tanjung Aru (KATARU) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7, bertempat di Balai Raya Kampung Tanjung Aru.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan. Turut hadir Cik Nazera binti Roslan, Presiden Majlis Belia Labuan (MBL), Encik Hj. Harun bin Awang Damit, Ketua Kampung Tanjung Aru, Encik Yusrie bin Mohd Daud, Ahli Parlimen Belia Malaysia (WP Labuan) merangkap Naib Presiden II MBL, pegawai JBS WP Labuan dan barisan Exco MBL.
Tahniah diucapkan kepada barisan baharu kepimpinan KATARU yang mana Encik Yusri bin Yussof telah dilantik selaku Pengerusi KATARU. Semoga pucuk pimpinan baharu ini mampu memacu belia Labuan ke arah yang lebih progresif serta dinamik, khususnya belia Kampung Tanjung Ar
- JBS WP Labuan
- Hits: 95
