BICARA EKSKLUSIF: HARI BELIA NEGARA PERINGKAT WP LABUAN 2024
Dengarkan Bicara Eksklusif bersama-sama Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan dan Cik Nazera binti Roslan, Presiden Majlis Belia Labuan.
LABUAN, 10 Mei 2024 - Rombongan JBS WP Labuan yang diketuai oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan mengadakan kunjungan hormat kepada Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abd Hamid, Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 13, Bangunan Menara UMSKAL.
Sesi kunjungan hormat tersebut antaranya telah membincangkan berkenaan perancangan kerjasama strategik antara agensi dalam pengelolaan pelbagai program belia dan sukan, khususnya yang bermanfaat kepada mahasiswa UMSKL dan belia Labuan amnya.