LABUAN, 5 April 2024 -Persatuan Wushu WP Labuan yang diketuai oleh Presidennya, Encik Alvin Chong, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk membincangkan hubungan strategik dan kerjasama antara Jabatan serta Persatuan dalam membangun dan memajukan Sukan Tempur di WP Labuan.
Persatuan juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada Jabatan atas bantuan dan sokongan terhadap penganjuran Program BMAEX 2023 yang telah diadakan di Palm Beach Resort, Labuan.
- JBS WP Labuan
- Hits: 187
