LABUAN, 29 Mac 2024 - Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan telah mengadakan satu kunjung hormat kepada YB Dr. Zaliha binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Antara intipati perbincangan adalah berkenaan dengan kerjasama strategik antara JBS WP Labuan dan Jabatan Wilayah Persekutuan dalam usaha membangunkan belia serta sukan, khususnya di WP Labuan.
Semoga kerjasama strategik ini menjadi pemangkin kepada pembangunan belia dan sukan secara holistik di Pulau Mutiara ini.