LABUAN, 12 Januari 2024 - Bertempat di Bilik Mesyuarat JBS WP Labuan, telah berlangsungnya Sesi Bacaan Yassin oleh warga kerja JBS WP Labuan.
Semoga semua diberkati dengan kesihatan dan kehidupan yang sejahtera.
- JBS WP Labuan
- Hits: 132
Labuan, 11 Mac 2024 - Bersempena bulan Ramadan, satu mesyuarat penyelarasan Program Rakan Muda Ramadan 1445H / 2024 Peringkat WP Labuan telah diadakan dengan kerjasama strategik agensi-agensi kerajaan, NGO belia dan madrasah-madrasah seluruh WP Labuan.
Mesyuarat bersetuju menetapkan tarikh program pada 29 Mac 2024 bersamaan 19 Ramadan 1445H di Masjid Jamek An-Nur. Pelbagai acara akan diadakan, antaranya Tadarus dan Khatam Al-Quran, Pertandingan Azan dan Iqamah, Pertandingan Hafazan, Sirah Nabi (bercerita) serta mewarna.
LABUAN, 10 Mei 2024 - Rombongan JBS WP Labuan yang diketuai oleh Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan mengadakan kunjungan hormat kepada Prof. Madya Dr. Mohamad Rizal Abd Hamid, Pengarah Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), bertempat di Bilik Mesyuarat Eksekutif, Aras 13, Bangunan Menara UMSKAL.
Sesi kunjungan hormat tersebut antaranya telah membincangkan berkenaan perancangan kerjasama strategik antara agensi dalam pengelolaan pelbagai program belia dan sukan, khususnya yang bermanfaat kepada mahasiswa UMSKL dan belia Labuan amnya.
LABUAN, 2 Mei 2024 – JBS WP Labuan telah menganjurkan Hari Bertemu Pelanggan khusus bagi rakan strategik Jabatan, bertempat di Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan.
Pihak Jabatan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua rakan strategik Jabatan atas kerjasama serta komitmen dalam usaha bersama untuk memantapkan lagi pembangunan belia dan sukan yang lebih utuh serta holistik, khususnya di Pulau Mutiara ini.
LABUAN, 2 Mei 2024 – Perhimpunan Bulanan JBS WP Labuan bagi bulan Januari hingga April telah dilaksanakan bertempat di Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Belia dan Sukan WP Labuan.
Hadir ke perhimpunan tersebut ialah Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah JBS WP Labuan, pegawai dan kakitangan Jabatan serta para pekerja perkhidmatan pembersihan dan keselamatan di KOMBES Labuan.
Pengarah berharap agar semua pegawai dan kakitangan sentiasa mengamalkan kerja secara berpasukan dalam melaksanakan program dan dasar-dasar kerajaan. Di samping itu juga perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti kerja dari masa ke masa terutama sekali setelah Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam.
Sekalung tahniah dan penghargaan kepada penerima Anugerah Khas Pekerja Terbaik Bulanan JBS WP Labuan bagi bulan Januari hingga April dan Selamat Hari Lahir kepada pegawai dan kakitangan bagi bulan April dan Mei.
Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 07:33:24