Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan akan menganjurkan Klinik Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan 2024.
TERBUKA dan PERCUMA untuk SEMUA yang berusia 18 tahun ke atas!
LABUAN, 16 Mei 2024 - Bagi menyemarakkan lagi Road To HBN Peringkat WP Labuan Tahun 2024, Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan dengan kerjasama Majlis Belia Labuan telah melaksanakan aktiviti Bubble Bumper Challenge bersempena dengan Program Labuan Big Show 2.0, bertempat di Dataran Labuan pada 4 Mei 2024.
Pelbagai pertandingan dan aktiviti menarik akan dilaksanakan bersempena dengan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat WP Labuan 2024, anjuran Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional WP Labuan.
Jom sertai dan sama-sama kita memeriahkan lagi sambutan ini
LABUAN, 25 April 2024 - Encik Jerry Teo, State Vice President (Labuan) Malaysia Inbound Chinese Association (MICA) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Puan Mahanum binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan. Antara intipati perbincangan adalah berkenaan perancangan pelaksanaan Labuan International Marathon 2024.
Pembentangan perancangan telah dibentangkan oleh Encik Ahmad Syuaib Nasir (Head of Business Development, XMultisport Challenge), selaku salah satu rakan strategik utama bagi pelaksanaan program ini.