LABUAN, 4 Januari 2024 - Seluruh warga JBS WP Labuan mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada Cik Marciana Moduying, Penolong Pegawai Belia dan Sukan yang baru melapor diri di Jabatan ini.
Pengarah JBS WP Labuan, Encik Mohammad Syahffie bin Haji Japril mengalu-alukan kehadiran dan menyampaikan amanat kepada Cik Marciana yang turut dihadiri bersama Puan Tracy Tumay Rigar, Penolong Pengarah (Belia) serta Encik Felix Den Anthony Paru, Penolong Pengarah (Sukan). Semoga dapat bersama-sama memberikan khidmat demi pembangunan belia dan sukan, khususnya di WP Labuan.
- JBS WP Labuan
- Hits: 182



