- JBS WP Labuan
- Hits: 174
PROGRAM MALAYSIA ACTIVE@MOTORSPORTS PERINGKAT W.P. LABUAN 2023 - KLINIK ASAS MOTOR LASAK (MOTORCROSS)
LABUAN, 18 Oktober 2023 - Satu Klinik Asas Motor Lasak (Motorcross) di bawah Program Malaysia Active@Motorsports telah diadakan di Pesisiran Pantai Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan pada 14 Oktober 2023 yang lalu. Seramai 30 orang peserta telah menyertai klinik tersebut.
Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mengenal sukan motor lasak, menarik minat terhadap sukan motor lasak, meningkatkan kemahiran mengendali motor lasak, memahami undang-undang jalan raya, mempelajari etika menjaga motor dan meningkatkan disiplin menunggang motorsikal.
Majlis penyampaian sijil program telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Syahffie bin Hj. Japril, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan. Turut hadir ialah Encik Redzuan@Pakin bin Malan, Presiden Kelab Sukan Bermotor Scram Rider Labuan.
- JBS WP Labuan
- Hits: 174
