LABUAN, 1 Disember 2023 - Program Trail Walk Komuniti PESRON Peringkat WP Labuan 2023 telah diadakan di Taman Botanikal Labuan. Program ini telah dihadiri seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Sektor Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Labuan dan ahli-ahli daripada Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Labuan.
Program ini bertujuan untuk menguji kekuatan mental dan fizikal peserta orang kurang upaya untuk berjalan dalam jarak 1.5km. Disamping itu, peserta dapat meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan diri.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Encik Mohammad Syahffie bin Hj. Japril, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan dan Encik Wong Foo Leong, Presiden PESRON Labuan.
- JBS WP Labuan
- Hits: 115
