LABUAN, 8 Mac - Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan telah mengadakan perlawanan persahabatan lawn bowls bersama Media Labuan semalam bertempat di Arena Lawn Bowls, Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan.
Program ini diinisiatifkan bagi mengeratkan hubungan pegawai dan kakitangan bersama pengamal media di Labuan sebagai rakan strategik pelaksana program selain antara organisasi yang banyak membantu mempromosi program yang dilaksanakan oleh Jabatan.
Perlawanan semalam turut disertai oleh Encik Mohammad Syahffie bin Haji Japril, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan serta Encik Djainudin bin Djimin, Pengerusi Persatuan Penggiat Media Labuan.
- JBS WP Labuan
- Hits: 178
