LABUAN, 15 Mei 2023 – Pihak Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan (JBSWPL) telah menghadiri satu sesi temubual bersama Labuan FM, Jabatan Penyiaran W.P. Labuan sempena Hari Belia Negara 2023, dalam Sesi Tagal Bersama Puan Tracy Tumay binti Rigar, Penolong Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan W.P. Labuan.
15 Mei merupakan Hari Belia Negara (HBN) yang merupakan pengiktirafan dan penghargaan yang diberikan khusus buat belia Malaysia. Selamat Hari Belia dan setinggi-tinggi penghargaan serta terima kasih kepada semua belia-belia Malaysia di atas segala sumbangan kalian.
- JBS WP Labuan
- Hits: 174
