Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Hannah Yeoh atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan dari seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan.
Semoga dengan pelantikan YB Hannah Yeoh ini akan terus memacu kecemerlangan KBS ke tahap tertinggi demi pemerkasaan pembangunan belia dan sukan di Wilayah Persekutuan Labuan khasnya
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Hannah Yeoh atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan dari seluruh warga Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan.
Semoga dengan pelantikan YB Hannah Yeoh ini akan terus memacu kecemerlangan KBS ke tahap tertinggi demi pemerkasaan pembangunan belia dan sukan di Wilayah Persekutuan Labuan khasnya??
LABUAN, 30 Oktober - Satu Klinik Bolasepak Bawah 12 Tahun anjuran Labuan Football Association - LAFA dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan telah berlangsung semalam di Padang Sintetik Kompleks Sukan Labuan.
Program pembangunan akar umbi dan mencari bakat yang juga dikenali sebagai Projek Marlin ini disertai seramai 30 orang peserta dan dikendalikan oleh barisan jurulatih bertauliah LAFA.
Turut hadir dalam klinik tersebut adalah Encik Abang Syamsulzainuri bin Abang Sapini, Pengurus Kompleks Sukan Labuan mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Labuan yang turut menyampaikan sijil kepada semua peserta.
Tahniah kepada LAFA, peserta dan para ibu bapa yang tidak jemu memberi sokongan serta dorongan dan semoga impian warga Labuan satu hari nanti menyaksikan anak jati Labuan beraksi di pentas bola sepak tertinggi akan tercapai.
Jabatan ini akan menghantar seramai 51 org Kontinjen Para SUKMA 2022 yang terdiri dari 29 atlet, 22 org Pegawai (Pengurus/ Jurulatih/ Klasifier dan Pegawai JBS Labuan). WP Labuan mensasarkan 4 emas melalui acara Badminton, Boccia dan Lawn Bowls.
Kontinjen ini akan menyertai 8 acara sukan iaitu Powerlifting, Badminton, Ping Pong, Renang, Olahraga, Lawn Bowls, Bowling dan Boccia.
Kontinjen ini akan berangkat pada 30 Oktober 2022 dan akan balik pada 7 November 2022. Doakan pemergian mereka kembali membawa sinar emas buat WP Labuan??
6 November 2022- Acara badminton menyumbangkan pingat emas dari Atlet Mhd. Amin Burhanuddin dalam kategori Men's Single-Standing Lower-SL4 dan rakan seperjuangannya Sulaiman Suling turut menyumbangkan pingat perak dalam kategori Men's Single-Standing Short-SS6. Turut hadir Tuan Mohammad Syahffie bin Haji Japril selaku CDM Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan. Syabas dan Tahniah diucapkan.
4 November 2022- Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan menambah lagi pungutan pingat gangsa di dalam acara boccia kategori Women's Individual-BC2 dari Avrinda Anis. Syabas dan tahniah diucapkan kepada atlet boccia.
4 November 2022- Yanti Aspar menerusi acara lawn bowls kategori Women's Single-B8 menyumbangkan pingat emas pertama bagi Kontinjen Para Sukma W.P. Labuan di Temasya Para Sukma XX MSN 2022 dan rakan seperjuangannya iaitu Asmaliza Awang Tuah juga turut menyumbangkan pingat gangsa dalam kategori yang sama. Turut hadir Puan Tracy Tumay Rigar selaku TCDM mewakili CDM Kontinjen Wilayah Persekutuan Labuan. Syabas dan Tahniah, semoga Kontinjen W.P. Labuan akan dapat menambah lagi pungutan pingat.
Kejohanan Malaysia Little League (MiLL) Kebangsaan (Zon D) berlangsung di Pandang UMS Sabah bermula 3-6 November 2022. Bagi Zon D, pasukan yang akan bersaing adalah Pasukan dari Negeri Sarawak, Sabah dan WP Labuan.
W.P. Labuan menampilkan Johan MiLL Peringkat WP Labuan iaitu Pasukan Bawah 12 Tahun dari SK Tanjung Aru, Pasukan Bawah 16 Tahun dari SMK Labuan dan Penampilan Khas Pasukan Bawah 16 Tahun Wanita dari SMK Pantai dan 3 pemain jemputan dari SMK Taman Perumahan Bedaun.
Program ini adalah anjuran bersama Kementerian Belia & Sukan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Johan dan naib johan Diperingkat ini akan mewakili Zon D ke peringkat kebangsaan pada bulan disember nanti.
3 November 2022- Atlet Hairul Tuah dari acara renang kategori 100 meter breaststroke lelaki menyumbangkan pingat gangsa pada hari ketiga di Pusat Akuatik National Bukit Jalil. Tahniah diucapkan, semoga kerdipan pingat akan bertambah dan menjadi suntikan semangat kepada para atlet yang lain.