WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 18 Julai 2020, Sabtu – Sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan telah berlangsung bertempat di hotel Grand Dorsett Labuan.
Tujuan anugerah ini adalah sebagai penghargaan dan pengiktirafan daripada kerajaan kepada organisasi belia dan individu yang telah memberi sumbangan terhadap pembangunan belia dan masyarakat dalam pelbagai bidang.
Selain itu, ia juga adalah wadah untuk memberi galakan dan motivasi kepada belia-belia khususnya di Wilayah Persekutuan Labuan agar terus berbakti dan memberi sumbangan kepada pembangunan belia seterusnya menunjukkan kepada masyarakat umum betapa pentingnya peranan mereka dalam pembangunan negara.
Sesi penilaian ini dibarisi oleh panel-panel berkaliber dari beberapa agensi dan jabatan kerajaan. Kategori pertubuhan disertai oleh 3 persatuan, manakala bagi kategori individu pula disertai oleh 8 orang peserta.
- JBS WP Labuan
- Hits: 1044
