WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 3 SEPTEMBER 2019 ~ Program sihat dibawah cawangan kecergasan JOM Aerofits@JBS siri ke 3 telah diadakan pada 1 September yang lalu bertempat di Medan Selera Labuan. Program yang menjadi pilihan dan penggemar senamrobik mahupun zumba telah dihadiri seramai 50 orang dalam perlaksanaan kali ini. Program percuma ini adalah bertujuan menggalakkan semua penggemar senamrobik atau kecergasan agar terus bergiat aktif dalam perlaksanaan aktiviti kecergasan.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAJAU, 26 OGOS 2019 ~ Siri jelajah Jom Aerofits@JBS siri ke 2 bertandang di Sekolah Menengah Kebangsaan Lajau, Wilayah Persekutuan Labuan bersama guru dan pelajar-pelajarnya. Seramai 120 orang pelajar dan guru dengan jayanya menyertai program jelajah Jom Aerofits@JBS anjuran Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan. Dengan berbaki 8 siri lagi, jelajah ini akan diteruskan sehingga penghujung oktober nanti bersama instruktur yang bertauliah dan dikenali ramai di pulau mutiara ini. Program ini turut dihadiri dan disertai bersama Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 20 OGOS 2019 ~ Pengarah , Mahanum Binti Fauzi bersama pegawai bahagian pembangunan sukan telah mengadakan kunjung hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Dr, Fary Akmal Osman yang turut disertai oleh Pengarah Majlis Sukan Wilayah Labuan dalam membincangkan perlaksanaan Malaysia Sports Challenge (MySC) yang akan diadakan pada Oktober nanti. Disamping itu juga, beberapa perancangan turut dibincangkan dalam pembangunan sukan di pulau mutiara ini.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 20 OGOS 2019 ~ Siri jelajah Jom Aerofits@JBS siri 1 telah bermula ogos ini. Program anjuran Jabatan ini telah mendapat sambutan yang luar biasa bagi penggemar sukan kecergasan di Wilayah Persekutuan Labuan. Seramai 50 orang telah mendaftarkan diri untuk menyertai program ini yang dilatih oleh intruktur yang bertauliah dan dikenali ramai. Program jelajah ini akan berterusan dengan 9 sesi lagi khasnya untuk masyarakat di pulau mutiara ini. Program ini adalah bertujuan untuk membudayakan masyarakat setempat dengan menjadikan sukan sebagai amalan hidup seharian.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 20 OGOS 2019 ~ Bulan Ogos lebih sinonim dengan gelaran Bulan Kemerdekaan. Pasukan Jabatan turut tidak ketinggalan menyertai Konvoi Kembara Merdeka dan Kibar Jalur Gemilang bagi tahun 2019. Program anjuran Jabatan Penerangan Labuan telah disertai oleh agensi-agensi kerajaan sekitar Labuan. Dalam siri jelajah kali ini yang diadakan selama 2 hari, pasukan konvoi telah disambut oleh Yang Berhormat Datuk Rozman Bin Datuk Haji Isli, Ahli Parlimen Labuan P.166 di majlis perasmian Konvoi Merdeka di Anjung Budaya, Taman Damai, Kampung Layangan, Wilayah Persekutuan Labuan. Pengarah, Mahanum BInti Fauzi turut tidak ketinggalan dalam majlis tersebut dan menerima bendera daripada pihak penganjur.
FINANCIAL PARK, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 20 OGOS 2019 ~ Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengiringi Yang Berhormat Datuk Rozman Bin Datuk Haji Isli, Ahli Parlimen Labuan P.166 dalam majlis penutupan pertandingan Local Agenda 20 PUBG mobile Labuan Series 2019 di Pentas Anggerik, Financial Park Wilayah Persekutuan Labuan. Sebanyak 40 pasukan yang bertanding sepanjang hari dengan penglibatan seramai 160 orang peserta dalam dan luar Labuan. Program yang dianjurkan oleh Persatuan Sukan Elektronik (MAIDA) telah mendapat sambutan yang hangat dikalangan peminat-peminat sukan ini.
JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 20 OGOS 2019 ~ Persatuan Wushu Labuan telah mengadakan satu kunjung hormat kepada Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan minggu lalu dalam membincangkan beberapa perancangan persatuan untuk memperkembangkan lagi sukan ini di Wilayah Persekutuan Labuan. Persatuan ini merupakan salah satu persatuan seni bela diri yang aktif dalam melaksanakan aktiviti sepanjang tahun bagi peringkat negeri mahupun kebangsaan.
BILIK MESYUARAT, JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 20 OGOS 2019 ~ Satu mesyuarat bersama ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi zon borneo telah mengadakan satu mesyuarat Karnival Sukan KBS Peringkat Kebangsaan bagi Zon Borneo ( Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan) yang dipengerusikan oleh Mahanum Binti Fauzi, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan selaku ketua penyelarasan kontinjen borneo yang bakal diadakan pada Oktober nanti.
WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, 9 OGOS 2019 ~ Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Begitu jua kepada pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan yang tidak dapat dielakkan. Semalam, satu majlis perpisahan Encik Abdul Isa Bin Abd Rasah, Pengurus Kompleks Sukan Labuan yang akan melapor diri ke Johor Baru pada 13 Ogos depan atas urusan kenaikan pangkat. Majlis perpisahan telah diadakan secara sederhana yang dianjurkan oleh Kelab Kebajikan dan Sukan Jabatan dalam menghargai jasa dan khidmat beliau sepanjang membantu Jabatan dalam menjayakan agenda Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di pulau mutiara ini. Pihak Jabatan turut mengucapkan jutaan terima kasih dan yang tidak terhingga kepada Abdul Isa Bin Abd Rasah atas jasa bakti beliau kepada jabatan selama ini. Bersama di majlis tersebut, Mahanum Binti Fauzi selaku Penasihat Kelab dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Labuan.